PM beri jaminan atasi kelewatan BKC – Asyraf

PM beri jaminan atasi kelewatan BKC – Asyraf

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan isu kelewatan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang sepatutnya dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 16 Ogos lalu akan diberi perhatian sewajarnya dalam masa terdekat.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri kepada beliau selepas menyampaikan 10 tuntutan dan rintihan rakyat yang terjejas dan terdesak akibat pandemik Covid-19 malam semalam.

“Saya sudah sampaikan rintihan rakyat yang rata-rata amat tertekan dan terdesak ketika ini kepada Perdana Menteri malam tadi terutamanya berkenaan dengan isu kelewatan BKC yang sepatutnya sudah mula dikreditkan ke akaun penerima pada bulan Ogos.

“Alhamdulillah, Perdana Menteri jawab dengan positif dan memberi jaminan akan segera menghubungi Kementerian Kewangan untuk diambil tindakan segera.

“InsyaAllah sembilan lagi Tuntutan Rakyat yang lain akan saya perjelaskan secara terperinci sekali lagi kepada Perdana Menteri setelah dibentuk Kabinet,” katanya dalam hantaran terbaru di Facebook hari ini.

Asyraf juga menegaskan, isu-isu yang dibangkitkan oleh rakyat dan dirumuskan oleh pihaknya sebelum ini dalam bentuk 10 Tuntutan Rakyat sebenarnya tidak sukar untuk direalisasikan.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Dua daripadanya berkaitan dengan moratorium tanpa faedah terakru, hanya perlu diseragamkan kaedah penawaran dan metodologi pengiraan keuntungan dan faedah oleh bank-bank, dengan kawal selia Bank Negara Malaysia.

“Manakala cadangan pengeluaran i-Citra secara sekaligus dengan kadar minimum RM10,000 atau berkadaran dengan jumlah yang ada dalam Akaun 1 dan Akaun 2, perlu dirundingi semula dengan pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),” katanya.

Menurut Asyraf, lapan tuntutan lain di bawah kuasa Kementerian Kewangan termasuklah tuntutan agar ditawarkan juga moratorium untuk peminjam LPPSA, tambahan bantuan-bantuan tunai lain melalui suntikan fiskal.

“Ini termasuk untuk peniaga kecil dan sederhana, penambahbaikan data pemohon di LHDN untuk tujuan pemberian bantuan, juga tuntutan agar dikurangkan karenah birokrasi ketika rakyat melalui proses rayuan dan lain-lain.

“Pemuda UMNO akan terus membuat tindakan susulan untuk follow-up dan follow-through sehinggalah segala tuntutan ini dapat dipenuhi bagi manfaat rakyat yang memang susah, gelisah dan tertekan dengan kesempitan dan kelangsungan hidup mereka ketika ini,” katanya lagi. MG

PM beri jaminan atasi kelewatan BKC – Asyraf

Nora Danish dihentam netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker