Jamal Abdillah, Ummi Nazeera dilantik Ahli Dewan Tertinggi MN

Jamal Abdillah, Ummi Nazeera dilantik Ahli Dewan Tertinggi MN

Penyanyi pop lagenda Datuk Jamal Abdillah, pelakon Datuk Eizlan Yusof dan Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin adalah antara 30 individu yang dilantik sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN).

Presiden MN Tan Sri Annuar Musa berkata, mereka yang dilantik terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti profesional, ahli akademik, pempengaruh serta melangkaui parti politik yang akan membantunya menggerakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Annuar berkata, MN adalah NGO berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) dan bukanlah parti politik.

Katanya, keahlian MN terbuka kepada semua rakyat berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira agama, dan terkini ahli MN di seluruh negara sudah mencecah 20,000 orang.

“MN ditubuhkan dengan objektif membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif Islam dan bangsa Melayu tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.

“MN juga mengikhtiarkan secara kolektif satu citra dan tawaran baru untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik, dasar pembangunan inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan,” katanya pada sidang media di pejabat PN di sini, hari ini.

Anuar berkata, MN ditubuh berasaskan tiga prinsip iaitu kasih sayang, perpaduan dan hormat-menghormati yang berlandaskan nilai-nilai cintakan keamanan, kedamaian, muhibah dan perpaduan yang sejati.

Katanya, ia sesuatu yang perlu dipupuk dan disuburkan secara berterusan sehingga menjadi sesuatu yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.

“Selepas ini, kita akan mewujudkan pejabat perhubungan negeri bagi mereka yang mahu menggerakkan MN di negeri masing-masing,” katanya sambil menambah pendaftaran keahlian boleh dilakukan melalui pengisian borang fizikal atau secara dalam talian di muafakatnasional.org.my.

Individu lain yang menyertai MN dan dilantik Ahli Dewan Tertinggi adalah Kerabat Diraja Pahang, Datuk Seri Tengku Idris Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar; Tan Sri Noh Omar (Ketua Bahagian Umno Bahagian Tanjong Karang); Datuk Zuraida Kamaruddin (ahli Parti Bangsa Malaysia (PBM); Datuk Seri Dr Edmund Santhara Kumar Ramanaidu (ahli PBM); Prof Datuk Dr Yahya Ibrahim (mantan Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza); Prof Madya Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz (pakar perundangan dan perlembagaan); Prof Dr Mohd Redhuan Tee Abdullah (penceramah); Prof Dr Wan Azman Wan Sulaiman (Universiti Sains Malaysia); Datuk Seri Md Redzuan Mat Yusof (bekas menteri kabinet dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). HM

Jamal Abdillah, Ummi Nazeera dilantik Ahli Dewan Tertinggi MN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan suami isteri didenda buat ‘projek’ di tempat awam [VIDEO]

Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j

Penyokong paling seksi dakwa dilamar ramai pemain

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker