Wan Saiful kini kluster mahkamah

Wan Saiful kini kluster mahkamah

Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki berkata Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan kini sudah masuk ‘kluster mahkamah’ selepas dituduh menerima rasuah berhubung program Jana Wibawa.

Asyraf bagaimanapun menegaskan bahawa Wan Saiful masih dianggap tidak melakukan sebarang kesalahan sehingga dibuktikan oleh mahkamah.



“Ketua penerangan Bersatu dan bekas pengerusi PTPTN didakwa hari ini kerana rasuah RM6.9 juta berhubung projek Jana Wibawa. Projek-projek di bawah jenama ‘Jana Wibawa’ adalah projek-projek rundingan terus yang dilaksanakan ketika tempoh PKP dan tempoh Darurat.

“Kalau ikut tanda aras ‘benchmark’ penyokong PN, Ahli Parlimen Tasek Gelugor ini sudah masuk ‘kluster mahkamah’ dan akan dilunyaikan dengan hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah persepsi awam.

“Namun sebagai orang Islam, kita harus berpegang kepada prinsip Islam iaitu ‘Al-Aslu Baraatu Zimmah’ seseorang dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah,” katanya di Facebook.

Terdahulu, Wan Saiful minta dibicarakan selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menerima rasuah hampir RM7 juta berkaitan inisiatif Jana Wibawa.



Beliau juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan meminta suapan melibatkan projek bernilai RM232 juta berkait inisiatif berkenaan.

Mahkamah membenarkan Wan Saiful diikat jamin RM400,000.

Beliau berdepan hukuman penjara sehingga maksimum 20 tahun, dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Wan Saiful ketika ditemui wartawan yakin dapat membuktikan di mahkamah beliau tidak bersalah dan berkata, pertuduhan terhadapnya itu hanya untuk mengalihkan perhatian daripada kegagalan kerajaan. FMT



Wan Saiful kini kluster mahkamah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]



Nasi lemak janda muda tepi jalan laris

Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker