Lesen besar UNHCR raih simpati
Lesen besar UNHCR raih simpati
Jadikan dokumen atau kad dikeluarkan Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR) sebagai ‘lesen besar’ untuk menjalankan kegiatan menjaja sayur secara haram sekitar ibu kota.
Itu antara modus operandi rata-rata warga asing ketika ditahan anggota Jabatan Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hasil operasi sekitar Pasar Harian Selayang, Jalan Selayang Baru di sini, kelmarin.
Sejak awal bulan ini, bilangan warga asing yang mempamerkan dokumen UNHCR ketika diambil tindakan pihak DBKL didapati semakin bertambah.
Tindakan itu turut menimbulkan keraguan sama ada dokumen UNHCR dimiliki kebanyakan warga asing terbabit adalah palsu atau dibeli daripada sindiket tertentu.
Terbaharu, menurut jurucakap DBKL berkata, empat penjaja sayur warga Myanmar dikenakan tindakan sita dan pindah barangan oleh penguat kuasa DBKL di Pasar Harian Selayang di sini.
Menurutnya, ketika tindakan diambil, ada antara penjaja haram terbabit bertindak menyorokkan bekas atau bakul berisi sayur-sayuran dan buah-buahan dijual di dalam longkang, belakang rumah kedai serta di bangunan pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhampiran.
“Bagaimanapun taktik yang biasa digunakan penjaja haram itu berjaya dihidu penguatkuasa DBKL. Semua barangan jualan mereka disita mengikut Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016 kerana menjaja tanpa kebenaran.
“Walaupun tindakan diambil hampir setiap minggu namun penjaja haram warga asing terutama dari Myanmar ini tetap berdegil dan akan meneruskan kegiatan sama berulang kali,” katanya.
Menurutnya, lokasi itu yang didiami komuniti dari negara sama menyebabkan kegiatan haram berkenaan sukar dibenteras sepenuhnya.
“Buat masa ini semua sayur-sayuran dan buah-buahan yang dirampas akan dihantar ke Setor Sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk tindakan lanjut,” katanya.
Dalam operasi sama minggu lalu, sejumlah 14 tindakan penguatkuasaan dilaksanakan DBKL di premis perniagaan dijalankan warga asing sekitar kawasan Gombak dan Setapak di sini.
Sementara itu, tindakan sama turut dilakukan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) apabila menggempur penjaja warga asing yang didapati masih berdegil meneruskan perniagaan sekitar Jalan Besar Selayang Baru di sini.
Menerusi operasi dijalankan anggota Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS, sebanyak 45 bakul pelbagai jenis sayur-sayuran dan empat bakul kelapa milik penjaja warga asing itu dirampas.
Turut dirampas beberapa peralatan seperti meja, alat penimbang dan payung milik penjaja warga asing terbabit.
Semua penjaja warga asing dikenakan tindakan kerana didapati menjalankan perniagaan di kawasan petak parkir sehingga menimbulkan isu kacau ganggu, kebersihan dan juga kesesakan di kawasan berkenaan. HM
Lesen besar UNHCR raih simpati
Baca Artikel Menarik:
- Keterangan Zeti bagi kes 1MDB masih ditunggu-tunggu
- Wanita jelita berhati iblis
- Buat apa malu-malu nak ambil gaji
- Kongsi gelap bertopeng NGO
- Sharnaaz Marah Dengan Pelakon ‘Merenyam’
- PN menang di Selangor, Azmin dijangka kembali menjadi Menteri Besar
- Istiadat kurniaan pingat Wilayah Persekutuan terakhir disempurnakan Agong
- Mat Sabu kini bergelar Datuk Seri
- Orang beri kontrak pada anak, menantu kini cakap tentang ketelusan – Anwar
- Saya perlu menyelamat Umno daripada musuh dalam parti – Zahid
- Lelaki kurang siuman maut di Masjid Pulau Melaka, ini puncanya
- Jaafar Jackson lakonkan watak Michael Jackson
- Pathaan pecah panggung walau ada usaha diboikot
Layari Laman Facebook MYKMU.NET