Sanggup beli sijil palsu RM1,000 daripada ambil vaksin

KUANTAN – Sanggup membayar sehingga RM1,000 bagi membeli sijil vaksin walaupun tanggungjawab untuk mendapatkan suntikan pelalian hanya percuma.

Itu yang dilakukan oleh golongan yang menolak vaksin bagi membolehkan mereka mendapat kemudahan diberikan kerajaan.

Mereka yang terdiri daripada golongan profesional termasuk guru tidak berasa bersalah walaupun tindakan itu memberi risiko kepada golongan pelajar dan murid-murid.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Ami berkata, dia sanggup mengeluarkan wang sehingga RM1,000 meskipun boleh mendapatkan suntikan vaksin percuma kerana takut kesan daripada suntikan vaksin dalam jangka masa panjang.

“Saya mengetahui daripada rakan-rakan mengenai terdapat klinik di Lembah Klang yang menjual sijil vaksin tanpa perlu cucuk vaksin ke dalam badan dan saya telah pergi ke sana.

“Alhamdulillah rekod suntikan vaksin dipaparkan dalam MySejahtera hanya dalam tempoh dua minggu dan kami berasa lega kerana seperti orang lain yang mendapat kemudahan,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, dia perlu mendapatkan sijil suntikan vaksin memandangkan perlu melakukan rentas negeri bagi urusan perniagaan yang dilakukannya.

Katanya, sesiapa yang ingin membeli sijil vaksin berkenaan perlu mengumpulkan satu kumpulan yang terdiri daripada lima orang dan membuat tempahan terlebih dahulu.

Kebiasaannya individu yang mengambil suntikan berkenaan akan mengambil gambar ‘berlakon’ dicucuk vaksin sebagai rekod mereka pada masa akan datang.

“Biasanya klinik berkenaan mempunyai jumlah yang terhad contohnya kalau klinik itu dapat 100 vaksin hanya 20 sahaja yang boleh dijual sijil,” katanya.

Sementara itu, seorang petugas sebuah klinik swasta di sini yang dikenali sebagai Siti berkata, ramai individu termasuk guru dan individu berpengaruh yang datang ke klinik untuk membeli sijil vaksin.

Namun katanya, klinik tempatnya bekerja tidak menjual sijil vaksin walau ditawarkan harga yang mahal menyebabkan golongan berkenaan pergi ke klinik lain di negeri ini.

“Ada beberapa orang guru datang kembali ke klinik dan berjumpa dengan saya bagi menunjukkan sijil MySejahtera mereka bagi membuktikan mereka akhirnya dapat juga membeli sijil,” dakwanya. -K! ONLINE

Sanggup beli sijil palsu RM1,000 daripada ambil vaksin

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Islam boleh menang – Khabib

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker