Rishi Sunak hampir pasti PM Britain

 

Sunak dirakam ketika meninggalkan pejabatnya di pusat bandar London semalam. – AFP

LONDON –  Bekas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menarik diri daripada bertanding kerusi ketua Parti Konservatif sekali gus memberi peluang besar kepada saingannya, Rishi Sunak, lapor akhbar The Guardian semalam.

Pemimpin parti pemerintah itu  akan dipilih sebagai Perdana Menteri Britain yang baharu.

Selepas sebilangan pemimpin parti tersebut memberi amaran bahawa penampilan semula Johnson akan membawa huru-hara kepada negara, bekas Perdana Menteri Britain  itu mengakui bahawa beliau tidak mempunyai sokongan mencukupi untuk menjadi ketua Parti Konservatif.

Johnson menyatakan kelmarin bahawa sekarang bukan masa yang sesuai untuk beliau bertanding kerusi tersebut.

Langkah Johnson dilihat memberi tekanan kepada calon ketiga dalam pertandingan tiga penjuru tersebut,  Penny Mordaunt supaya  menarik diri dan menerima kenyataan bahawa Sunak mempunyai sokongan kuat dalam kalangan anggota Parlimen  Parti Konservatif.

Mordaunt hanya mempunyai 30 sokongan awam menjelang malam semalam, kurang 70 daripada bilangan yang diperlukan untuk menyertai pertandingan itu.

Sunak  yang berada di tempat kedua ketika menentang bekas Perdana Menteri, Liz Truss semasa musim panas lepas, mendapat pencalonan pada hujung minggu lalu daripada ahli Parlimen sayap kanan seperti Kemi Badenoch dan Suella Braverman di samping  Canselor, Jeremy Hunt dan Setiausaha Dalam Negeri, Grant Shapps.

Semalam beliau menerima lebih 165 sokongan termasuk daripada Menteri Pejabat Kabinet, Nadhim Zahawi.

Sumber rapat dengan Sunak berkata, beliau tidak akan mensia-siakan peluang tersebut.

“Rishi akan terus berbincang dengan rakan-rakan sejawatnya pagi esok (hari ini) sebelum kertas pencalonan diserahkan serta berbincang mengenai cara terbaik untuk menyatukan Parti Konservatif dan memajukan negara,” kata sumber tersebut.

Sekiranya terpilih, Sunak akan menjadi Perdana Menteri Britain pertama bukan daripada bangsa  kulit putih dan Perdana Menteri Britain beragama Hindu yang pertama.

Dalam pada itu, sumber  kempen Mordaunt pula berkata, kempen beliau akan diteruskan. Beliau mahu menyertai  pertandingan dua penjuru itu supaya ahli-ahli  Parti Konservatif boleh membuat keputusan mereka.

Sunak dijangka mendapatkan sokongan lebih ramai ahli Parlimen, namun Mordaunt turut diramal mempunyai peluang cerah terutamanya sokongan oleh pengikut Johnson yang mahu menghalang kemaraan Sunak.

Kedua-dua pemimpin itu dijangka menghantar borang penamaan calon menjelang pukul 2 petang (waktu tempatan) hari ini sebelum 150,000 ahli Parti Konservatif mengundi. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy tayang bakat main gitar (Video)

UFC 280: Anak buah Khabib, Islam Makhachev berjaya tumbangkan Juara Dunia [VIDEO]

Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker