Padah cinta terlarang, jururawat jadi banduan

Padah cinta terlarang, jururawat jadi banduan

London: Seorang jururawat penjara kini bergelar ‘banduan’ apabila tindakannya bertukar mesej dan panggilan telefon dengan seorang banduan menyebabkannya dia dijatuhi hukuman penjara enam bulan.

Portal Metro UK melaporkan, Elyse Hibbs dari Manchester, mengaku bersalah di pejabat awam dengan mempunyai ‘hubungan yang tidak wajar’ dengan banduan ketika bekerja di HMP Parc di Bridgend.



Wanita berusia 25 tahun itu menangis ketika dijatuhi hukuman penjara enam bulan di Mahkamah Crown Cardiff, pada Selasa lalu.

Hakim Tracey Lloyd-Clarke memberitahu Hibbs di sebalik penyesalan, kesalahan itu ‘terlalu serius’.

Mahkamah diberitahu, Hibbs bekerja di penjara kategori B di South Wales sejak September 2018, dan bertemu banduan itu apabila dia memberinya rawatan perubatan.

Selepas kebimbangan dibangkitkan mengenai tingkah laku banduan itu, dia dipindahkan ke HMP Manchester pada Mei 2021.



Sebulan kemudian, pada Jun, banduan itu menggunakan ibu dan rakannya untuk menjejaki Hibbs di Instagram.

Selepas Hibbs memberi nombor telefon bimbitnya, dia dan banduan itu mula membuat panggilan tiga hala membabitkan rakannya yang memegang dua telefon supaya mereka boleh bercakap antara satu sama lain.

Pendakwa Raya, Matthew Cobbe berkata, dalam tempoh lima minggu dan lima hari banduan itu, ‘memupuk’ hubungannya dengan Hibbs.

Mereka bertukar-tukar banyak teks dan panggilan, beberapa daripadanya melalui telefon penjara dan panggilan itu dirakam.



“Panggilan antara defendan dan banduan adalah membabitkan hubungan cinta.

“Mereka bercakap mengenai penjara dan kakitangan di penjara. Dia mengatakan mencintainya dan dia juga membalas isi hati yang sama. Banduan itu memberitahu ingin mengucapkan terima kasih atas cara dia menjaganya di Parc,” katanya.

Pasangan itu juga bercakap mengenai bagaimana banduan mempunyai telefon bimbit secara haram dan pendapat banduan mengenai rasuah penjara.

Cobbe berkata, perbualan itu mengandungi beberapa rujukan kepada defendan yang meminta banduan itu tidak menghubunginya, namun hubungan itu berterusan.



“Mereka juga mendedahkan banduan itu tidak memikirkan defendan, dia dengan jelas memanipulasinya, agak jelas perbualan mereka tidak sesuai sepenuhnya,” katanya.

Hibbs sejak itu dipecat daripada tugas. HM

Padah cinta terlarang, jururawat jadi banduan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy tayang bakat main gitar (Video)

UFC 280: Anak buah Khabib, Islam Makhachev berjaya tumbangkan Juara Dunia [VIDEO]



Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker