Azizulhasni, Pandelela Olahragawan, Olahragawati 2021

Azizulhasni, Pandelela Olahragawan, Olahragawati 2021

Datuk Azizulhasni Awang mencipta sejarah tersendiri pada Anugerah Sukan Negara (ASN) apabila melakar gelaran kelimanya selepas dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 2021 di sini, sebentar tadi.

Jaguh berbasikal trek negara yang dikenali Pocket Rocketman itu pernah meraih gelaran berkenaan pada 2009, 2010, 2017 dan 2019/20.



Pada edisi kali ini, dia mengenepikan cabaran empat lagi calon lain iaitu juara badminton dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Buda Anchah (bina badan), Ng Eain Yow (skuasy) dan Syarifuddin Azman (permotoran).

Kejayaan diraih Azizulhasni itu adalah berpandukan pencapaiannya meraih pingat perak dalam acara keirin pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Anugerah disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil di sini, dan pastinya, anugerah berkenaan menjadi azimat untuknya mempersiapkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.

“Hari ini saya rasa amat terharu kerana selain dipilih sebagai Olahragawan Negara buat kali kelima dalam karier. Saya amat bersyukur,” kata Azizulhasni dalam ucapannya.



“Saya ingin pastikan yang ini bukanlah kemenangan terakhir buat saya memandangkan saya akan bersara lepas Paris (Sukan Olimpik 2024) nanti kerana saya masih lagi dahagakan kejayaan untuk menaikkan martabat sukan negara.”

Dalam pada itu, anugerah Olahragawati Kebangsaan menjadi milik ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg – gelaran keempatnya selepas pernah meraih anugerah sama pada ASN 2011, 2012 dan 2015.

Pada tahun 2021, Pandelela membawa pulang emas pada Kejohanan Terjun Piala Dunia di Tokyo dan mengenepikan cabaran empat lagi calon lain iaitu Meilaura Dora Jimmy (bina badan), Rachel Arnold dan Aifa Azman (skuasy) dan Nur Amisha Azrilrizal (Muaythai).

“Saya rasa sangat gemuruh kerana ramai VIP (kenaman) hadir di anugerah ini. Tapi saya rasa gembira dan juga berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana menganjurkan ASN 2021.



“Terima kasih juga kerana memberikan penghargaan Olahragawati 2021 kepada saya. Bukan mudah menjadi seorang atlet dan mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa,” kata Pandelela.

Bagi kategori Olahragawan Paralimpik Kebangsaan pula menjadi milik Bonnie Bunyau Gustin yang meraih emas di Sukan Paralimpik Tokyo dalam acara powerlifting, manakala Brenda Anellia Larry dipilih sebagai Olahragawati Paralimpik Kebangsaan selepas mencipta impak di Pusat Akuatik Tokyo apabila mencatatkan rekod baru Asia bagi acara 50 meter (m) kuak kupu-kupu di temasya empat tahun sekali itu.

Azizulhasni, Pandelela, Bonnie dan Brenda masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi. BH

Azizulhasni, Pandelela Olahragawan, Olahragawati 2021



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Azhar Sulaiman guna gelaran ‘mami’ dilabel pondan (Video)



Roh pencuri belum sampai, jasad telah sampai di balai polis [VIDEO]

Pengurus bank ‘kantoi’ simpan video lucah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker