Pergerakan antara zon dibenar di Sarawak mulai 15 Ogos, kata Uggah

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini memutuskan untuk membenarkan pergerakan antara zon di Sarawak tanpa perlu memohon permit daripada pihak polis mulai 15 Ogos ini.

Pengerusi JPBNS Douglas Uggah Embas berkata, keputusan itu diambil setelah meneliti keadaan semasa kes positif di Sarawak serta pandangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) serta sektor pelancongan.

“Hari ini tiada kes positif dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Sarawak kekal sebanyak 681 kes,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat JPBNS di sini hari ini.

Uggah yang juga timbalan ketua menteri Sarawak seterusnya menasihatkan orang ramai agar tidak leka, sebaliknya perlu kekal berwaspada agar rantaian Covid-19 dapat diputuskan di zon Kuching/Samarahan.

“Pastikan saranan dan nasihat kesihatan diamalkan pada setiap masa,” katanya. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker