UMNO terpaksa telan sejarah pahit demi bersihkan parti
UMNO terpaksa telan sejarah pahit demi bersihkan parti
UMNO sah memecat dan menggantung beberapa nama besar parti itu selepas desas-desus mengenainya bertiup kencang sepanjang minggu lalu.
Antara nama besar dipecat adalah bekas Ketua Pemuda UMNO dan Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin (KJ) dan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.
Senarai digantung pula membabitkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Ahli Parlimen Sembrong), Datuk Maulizan Bujang (Ketua Bahagian Tebrau), Datuk Seri Mohd Salim Sharif (Ketua Bahagian Jempol) dan Shahril Sufian Hamdan (bekas Ketua Penerangan UMNO).
Tindakan pembersihan besar-besaran parti ini tidak mengejutkan memandangkan ia bermula sejak hari penamaan calon ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Berikutan usul tiada pertandingan disokong majoriti perwakilan ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dua minggu lalu dikritik keras, terutama KJ, tindakan balas presiden terhadapnya sudah dapat dijangka. Justeru, ia boleh diibaratkan sebagai proses ‘melengkapkan apa yang sudah direncanakan’.
Secara umum apa yang berlaku harus dilihat dalam tiga perspektif. Pertama, adakah ini langkah menyekat ‘perang proksi, untuk menguasai jawatan strategik peringkat bahagian, Majlis Kerja Tertinggi (MKT), ketua sayap dan naib presiden?
Memandangkan dua jawatan tertinggi sudah muktamad tidak dipertandingkan, jawatan lain masih terbuka untuk direbut dan penting untuk mengimbangi pengaruh serta kekuatan kem presiden dalam parti.
Kedua, apakah tindakan MKT ini tepat bagi memperkuatkan UMNO yang ketika ini berhadapan krisis keyakinan bukan sahaja dalam kalangan pengundi malah ahli akar umbi?
Dengan UMNO bakal mengadakan pemilihan parti dan paling penting, pilihan raya negeri (PRN) dalam tempoh kurang enam bulan, perbalahan secara terbuka dan berskala besar sebegini dilihat mampu menjejaskan UMNO secara fizikal dan mental.
Terakhir, apakah masa depan UMNO selepas ini? Pemecatan KJ dan penggantungan protegenya Shahril Sufian sudah tentu akan menjejaskan potensi parti untuk menarik pengundi muda dan atas pagar. Kedua-dua sosok ini boleh dikatakan popular dalam kalangan pengundi tidak berparti, biarpun tidak digemari dalam parti sendiri.
Apakah pemecatan dan penggantungan mereka menyebabkan penghijrahan masuk ke parti lawan yang nampaknya terbuka untuk menerima mereka? Apabila tokoh seperti KJ serta pemimpin lain dipinggirkan kem presiden, potensi untuk mereka menarik sokongan berdasarkan populariti dan pengaruh mereka tetap ada.
Mengimbau PRU15, strategi KJ sepanjang berkempen di Sungai Buloh cukup untuk mencernakan apa yang berlaku sekarang. Yang jelas UMNO digambarkan sebagai bermasalah dan naratifnya untuk menjadi suara reformis akan mengubah UMNO dan menjadi Perdana Menteri kelak kalau orang Sungai Buloh memilihnya. Apabila KJ kalah, sudah tentu mencabar presiden menjadi jalan kedua bagi meneruskan cita-cita itu.
Mungkin pemergian KJ akan menjejaskan sokongan kelompok muda dan atas pagar, namun UMNO sebagai parti mempunyai sejarah, tradisi dan budaya tersendiri juga tidak semudah itu untuk merasa kehilangan sosok seperti KJ.
UMNO mampu bangkit semula
Benar tindakan memecat dan menggantung nama besar bakal menjejaskan parti, namun kalau dilihat daripada perspektif peluang, UMNO boleh bangkit jika berupaya memanfaatkan apa yang berlaku.
Dari perspektif masa, tempoh singkat di antara pemilihan parti dan PRN mungkin menyukarkan UMNO untuk membuat perubahan pantas dan menyeluruh. Namun, perkiraan itu tidak menjadi masalah kalau presiden dan pasukannya dapat melakukan tindakan tepat dan berkesan.
Pertama, dengan kekosongan yang ada, UMNO harus segera menaikkan mereka yang ‘bersih dan berwibawa’ sebagai tokoh atau wajah masa depan parti.
Ini mungkin suatu paradoks kepada UMNO sejak sekian lama. Lihat bagaimana tindakan parti kadang-kadang kontra dalam membuat perubahan ketika mereka melakukan perubahan, ia masih dipimpin dan diatur orang lama.
Ini mungkin diulangi sekali lagi dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden. Namun, Ahmad Zahid perlu sekurang-kurangnya menunjukkan keterbukaan beliau untuk sanggup membuka dan memberi ruang kepada pemimpin baharu mungkin tidak popular dalam parti, tetapi mempunyai reputasi baik dan disenangi.
Pertandingan mungkin tidak membolehkan ia berlaku. Namun sebagai presiden, beliau perlu berani untuk membawa dan melantik tokoh sebegini.
Malang bagi UMNO jika pembersihan berlaku ketika ini hanya berganti sosok, tetapi perangai dan budaya lama tetap sama. UMNO perlu memastikan pengisian jawatan kanan parti, terutama MKT, ketua sayap dan naib presiden menggambarkan pembersihan dibayangkan bukan sahaja ahli parti, tetapi juga aspirasi pengundi.
Kalau pembersihan ini hanya untuk menguatkan penguasaan Ahmad Zahid, baik dari segi realiti politik parti atau persepsi pengundi, tiada sebab untuk melihat mengapa UMNO akan diundi semula.
Realitinya UMNO tidak mampu untuk menanggung sebarang krisis membesarkan jurang defisit keyakinan umum, apatah lagi ketika ia dilihat sedang merebak menjangkiti ahli parti sendiri.
Memandang kepada sejarah UMNO dan parti serpihan yang wujud selepas krisis kepemimpinan, kemampuan parti terbabit untuk menjatuhkan UMNO jelas ada. Lihat bagaimana Parti Semangat 46 (S46) menyebabkan UMNO hilang Kelantan pada 1990, pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan PKR yang berjaya menyatukan pembangkang.
Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal melahirkan BERSATU dan Parti Warisan (WARISAN), dua parti bertanggungjawab menjatuhkan UMNO ketika PRU14.
Persoalannya apakah catatan sejarah itu masih tidak menggerunkan UMNO yang nampaknya berani untuk memecat dan menggantung tokoh besar mereka – lebih ramai berbanding sebelumnya – walaupun UMNO dalam keadaan lebih rapuh dan lemah?
Apakah UMNO juga menggunakan peluang ini untuk betul-betul melakukan perubahan dan mengambil langkah tepat bagi membersihkan parti yang sepatutnya berlaku sejak hilang majoriti dua pertiga ketika dibadai tsunami politik 2018?
Apakah UMNO dengan proses pembersihan ini sedang menjalani proses pemulihan dalaman dan luaran atau ini proses alami iaitu tiada apa yang kekal selamanya di alam ini? BH
Penulis adalah Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
UMNO terpaksa telan sejarah pahit demi bersihkan parti
Baca Artikel Menarik:
- Rasuah atau sedekah: Kerajaan perlu bersuara, SPR dan SPRM kena sepakat
- Meerqeen, Anna macam suami isteri sebenar
- Dua anggota Ayahanda Harimau Kumbang dibebas dengan jaminan polis
- Naib Presiden UMNO: Siapa bertahan, siapa mencabar?
- Sanusi terus bermain isu perkauman – Ismail
- Agensi umrah didakwa bolot tiket penerbangan
- Mayat dalam semak adalah Zarina Mukhtar
- Agong berkenan menerima menghadap Ismail Sabri
- Pergaduhan isteri pertama dan kedua, Ini komen anak Zainal Abidin Hassan
- Buaya hantar jasad budak lelaki tidak akan dipindahkan
- Proton X90, sedan baharu Perodua tarikan utama 2023
- Janna Nick Nafi Jadi Punca Fyna Jebat & Isteri Pertama Bertarik Rambut
- Noorkhiriah mengaku salahnya sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.