Britney bogel lagi ketika berkuda

Britney bogel lagi ketika berkuda

PENYANYI sensasi, Britney Spears sengaja mencuri perhatian ketika isu perceraian dengan Sam Asghari menjadi tajuk berita apabila berkongsi gambar menunggang kuda dalam keadaan separuh bogel.

Selebriti yang sememangnya kental kecaman itu selamba menayang aset ketika melakukan aktiviti riadah bersama beberapa rakan, baru-baru ini.



Katanya, suhu panas di tengah gurun mendorongnya membuka baju yang asalnya tersarung di tubuh apabila hanya memilih mengenakan jeans pendek dan bertopi.

“Saya harus membuka baju di padang gurun yang sangat panas. Sebenarnya saya patut berbogel,” katanya menerusi kapsyen video yang dikongsikan dalam Instagram.

Begitupun, penyanyi Opsss!… I Did It Again itu hanya menunjukkan paparan bahagian belakangnya.

Dalam video terawal, wanita berusia 41 tahun tersebut memakai baju rona kuning yang menyerlahkan bahagian bahunya.



Namun pada pertengahan jalan yang tampak berliku dan penuh debu, dia berhenti seketika untuk membuka blaus tersebut.

Pada pertengahan bulan lalu, sebaik Sam mengumumkan perceraian mereka, Spears turut mempamerkan aksi hampir serupa.

Dalam paparan berkenaan, dia dilihat berguling di tempat tidur dengan mengenakan pakaian dalam berwarna merah jambu dan memakai but hitam paras lutut.

Menerusi sebuah video lain pula, ibu kepada dua putera itu menunjukkan seorang lelaki sedang menjilat kakinya seolah-olah sebagai balasan tindakan Sam menceraikannya.



Pada 17 Ogos lalu Sam yang juga pelakon dilaporkan sudah memfailkan perceraian selepas 14 bulan mereka mendirikan rumah tangga.

Difahamkan lelaki berusia 29 tahun yang sudah berpindah keluar dari rumah kelamin mereka turut mendedahkan Spears menjalin hubungan sulit dengan seorang pekerja mereka.

Terdahulu, pasangan terbabit bertemu di set penggambaran video muzik Slumber Party pada 2016 dan hubungan mereka mula serius selepas itu.

Lima tahun kemudian Spears dan Sam mengumumkan pertunangan dan melangsungkan perkahwinan di Los Angeles, Amerika Syarikat pada Jun 2022. K Online



Britney bogel lagi ketika berkuda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Takkan Mimi bercium dengan Merqeen – Anna Jobling



Puteri Sarah dedah tentang hubungan dengan Andi Arsyil

Sama-sama masuk penjara, komen Noh Salleh raih perhatian



Syamsul komen isu Puteri Sarah nak saman bekas kakak ipar Ira Kazar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker