‘Dahlah, Kami Nak Berhenti Nyanyi’ – Seloroh Naim Daniel [VIDEO]

Selepas melalui fasa sedih selama beberapa hari, akhirnya Sissy dilihat sudah mampu bergelak tawa bersama pasangan duetnya iaitu penyanyi Naim Daniel

‘Dahlah, Kami Nak Berhenti Nyanyi’ – Seloroh Naim Daniel [VIDEO]

SEPANJANG minggu ini kecoh dengan isu penyanyi Sissy Imann ‘merajuk’ selepas menerima komen yang dianggap kasar oleh juri tetap program realiti TV iaitu Mas Idayu.

Selepas melalui fasa sedih selama beberapa hari, akhirnya Sissy dilihat sudah mampu bergelak tawa bersama pasangan duetnya iaitu penyanyi Naim Daniel.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Naim secara berseloroh mengatakan dia dan Sissy mahu berhenti menyanyi kerana ingin membuat perniagaan katering makanan bersama.
@naimdanielx

Dahlah kitaorang nak berhenti menyanyi. Lepasni nak buat katering je dengan @Sissy Imann #familiduo

♬ original sound – Naim Daniel – Naim Daniel

“Dahlah kitaorang nak berhenti menyanyi. Lepas ni nak buat katering saja dengan Sissy,” seloroh Naim.

Kalangan netizen meluahkan rasa gembira melihat Sissy kembali tersenyum selain mendoakan penyanyi lagu Pesanan Ayahanda itu terus kuat.

“Kuatkan mental dan fizikal… yup, jangan sedih-sedih. Lepas ini keep strong ya, moga maju jaya ya.

“Alhamdulillah dah boleh keluar makan, gelak-gelak Sissy,” komen netizen.

Terdahulu, Sissy dan Naim yang menyertai sebuah program realiti televisyen dikritik secara kasar oleh Mas Idayu selepas menyanyikan lagu Jampi (Hael Husaini) dalam irama keroncong.

Akibat insiden tersebut, Sissy tidak dapat menahan sebak dan terus menangis di atas pentas.

Insiden itu juga membuatkan Sissy seolah-olah hilang semangat dan membatalkan pelancaran album sulung yang sepatutnya berlangsung pada bulan hadapan susulan kritikan diterima dalam pertandingan tersebut. –Gempak

‘Dahlah, Kami Nak Berhenti Nyanyi’ – Seloroh Naim Daniel [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker