Umum Cadangan Tukar Nama Kepada CelcomDigi Bhd – Digi.com

Umum Cadangan Tukar Nama Kepada CelcomDigi Bhd – Digi.com

Digi.com Bhd pada Jumaat mengumumkan cadangan menukarkan namanya kepada CelcomDigi Bhd susulan kejayaan penggabungan dengan Celcom Axiata Bhd.

Syarikat tersebut dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata cadangan penukaran nama itu adalah selaras dengan obligasi syarikat di bawah perjanjian pembelian saham bertarikh 21 Jun, 2021, dengan Axiata Group Bhd berkaitan penggabungan dengan Celcom Axiata.

“Lembaga percaya cadangan penukaran nama itu akan memberikan syarikat identiti korporat baharu yang mencerminkan dengan lebih baik lagi syarikat sebagai entiti bergabung selepas penyelesaian penggabungan dengan Celcom pada 30 Nov, 2022.

“Cadangan nama “CelcomDigi Bhd” diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tempahan bagi kegunaan cadangan nama itu dilanjutkan sehingga ke 14 Mac, 2023,” katanya.

Syarikat tersebut berkata cadangan penukaran nama itu tertakluk kepada kelulusan pemegang saham pada mesyuarat agung luar biasa yang akan diadakan pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

“Sekiranya diluluskan, nama baharu itu akan mula digunakan daripada tarikh pengeluaran notis pendaftaran nama baharu tersebut oleh SSM kepada syarikat,” katanya.– BERNAMA

Umum Cadangan Tukar Nama Kepada CelcomDigi Bhd – Digi.com

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker