Trauma dilabel perogol, Dai Syed mahu saman

Trauma dilabel perogol, Dai Syed mahu saman

Pendakwah Da’i Syed membuat sidang media tergempar dan memaklumkan dia bakal mengambil tindakan udang-undang terhadap dua individu.

Mereka adalah Nurul Atiqah dan Ainun Najwa yang didakwa membuat tuduhan memfitnah Syed menerusi hantaran di media sosial sebelum ini.

Kata Syed, kenyataan tersebut tular selepas dimuat naik oleh akaun @chempakasuri97 di TikTok dan menurut Syed apa yang dinyatakan tidak benar.

Saya juga dikatakan masih berhutang dengannya disebabkan kes tersebut. Dia juga mengaitkan keguguran isteri saya sebagai kifarah disebabkan kes tersebut.
kifarah

Tambah Syed, kes tersebut sudah pun selesai selepas turun naik mahkamah selama 2 tahun di mana dia didapati tidak bersalah terhadap pertuduhan ke atasnya.

Syed yang ditemani isteri, Hana Ismail berkata dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ainun Najwa berhubung hantaran yang tular itu.

Difahamkan, Ainun Najwa tersebut pernah membuat laporan pada November 2021 mengakui bertanggungjawab memuat naik hantaran dan memohon maaf kerana memfitnah Syed.

Dalam pada itu menerusi story di Instagram, Syed akui berasa trauma apabila isu membabitkan pertuduhan rogol berkenaan kembali tular di media sosial.

Saya sangat trauma dengan apa yang dilontarkan masyarakat, bila orang sebut saya ‘kau ni perogol’.
Terdahulu, tular satu hantaran di TikTok mengatakan keguguran Hana Ismail itu sebagai satu kifarah terhadap Da’i Syed selepas apa yang dilakukan pendakwah tersebut terhadapnya.

Trauma dilabel perogol, Dai Syed mahu saman

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Azhar Idrus hentam Abang Tesla

Jangan jolok sarang tebuan – Puteri Sarah

Termuntah tengok video Abang Tesla – Ridhuan Tee

Diana Danielle jawab isu ‘buat’ hidung

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button