Kuasa pemberian Notis Penolakan Masuk pada pegawai KP29 ditarik balik

PUTRAJAYA- Kuasa pemberian Notis Penolakan Masuk (NTL) kepada pengembara akan diputuskan oleh pegawai pengurusan dan profesional Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan gred KP41 ke atas selepas ini.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, keputusan penukaran autoriti bagi pemberian NTL daripada pegawai berpangkat lebih rendah iaitu KP29 ketika ini kepada KP4 akan dikuatkuasakan dalam kadar segera.

Jelas beliau, ia merupakan sebahagian daripada langkah untuk memperbaiki pengurusan JIM di pintu masuk negara.



“JIM pada kadar segera akan berikan autoriti untuk memutuskan tentang NTL kepada pegawai bergred 41 dan ke atas kerana sekarang ini adalah KP29.

“Autoriti itu selepas ini akan diberikan pegawai bertaraf pengurusan dan profesional, jadi ini akan membantu,” katanya menerusi sidang akhbar khas di sini hari ini

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli

Abby gaduh dengan Norman? (Video)



Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri

Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker