Sanusi sudah tersilap langkah

Sanusi sudah tersilap langkah

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tersilap langkah apabila tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah berkata, ‘kesilapan’ itu dijangka memberi peluang kepada gabungan PH bersama Barisan Nasional (BN) untuk merampas semula Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

“Dia (Sanusi) yakin dengan PRU baru-baru ini, sebab itu dia tepuk dahi selepas tersilap tak bubar (DUN) sekali dengan PRU. Bagi saya ombak tak selalu datang, tsunami tak selalu berlaku, banjir kepala air pun tak berlaku hari-hari. Begitu juga PRU dan PRN kali ini sudah tentu ada perubahannya.

“Saya percaya bahawa apa yang ditunjukkan oleh Kerajaan Perpaduan dengan perubahan yang dilakukan, rakyat sudah mula berfikir mereka termakan dengan tohmahan dulu,” katanya ketika ditemui di Pejabat PH Kedah, di sini, hari ini.

Sementara itu, Mahfuz berkata, parti di dalam PH dan BN tidak boleh bertindak sebagai ‘abang besar’ dalam proses pengagihan kerusi bagi menghadapi PRN.

Beliau berkata, parti-parti terbabit harus bersifat terbuka kerana mereka perlu mengecilkan jumlah kerusi masing-masing sama ada daripada PH mahupun BN.

“Kita terpaksa kecilkan kerusi masing-masing, BN dan PH tidak boleh bertanding sebagai ‘abang besar’ untuk kuasai sepenuhnya PRN nanti, perlu ada pengagihan mengikut bahagian.

“Masing-masing harus berjiwa besar dan merendahkan ego. Kita perlu memberi dan menerima, kami dalam PH sudah lalui proses itu sebelum ini dan Alhamdulillah dan itu yang kita akan laksanakan,” katanya

Mahfuz berkata, PH negeri sudah memulakan perbincangan tidak rasmi dengan Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan beberapa pemimpin BN di Kedah mengenai peruntukan kerusi bagi menghadapi PRN.

Katanya, perbincangan itu dilakukan selepas mendapat persetujuan daripada kepimpinan PH pusat.

“Jadi pihak saya yakin PH dan BN akan dapat mencapai kata sepakat mengenai pembahagian kerusi berdasarkan semangat kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan,” katanya. HM

Sanusi sudah tersilap langkah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker