Tyzo disambar Suhaimi Sulaiman

Tyzo disambar Suhaimi Sulaiman

Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman mengadakan pertemuan dengan penyampai radio, Tyzo, 47, bagi membincangkan bentuk kerjasama yang boleh dilakukan untuk memperkukuhkan jenama Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Mengulas lanjut perkara itu, Suhaimi memaklumkan stesen penyiaran berkenaan sudah menyediakan beberapa projek yang bersesuaian untuk dikendalikan Tyzo.

“Saya ada tawarkan Tyzo bekerjasama dengan RTM menerusi beberapa platform seperti radio, televisyen dan digital, ikut kesesuaian pada pertemuan, pagi tadi.

“Saya ada juga risik apakah bentuk kandungan yang Tyzo suka dan dekat di hatinya.

“Kalau boleh biarlah kandungan yang bakal dikendalikannya mampu memberi manfaat kepada RTM dan misi memperkukuhkan jenama tercapai dengan bakat yang ada pada Tyzo.

“Bagaimanapun, butiran terperinci mengenai tawaran akan diberitahu kemudian,” katanya kepada BH Online.

Mengakui sudah lama mengenali penyandang trofi Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 itu, Suhaimi yakin bakat yang ada pada Tyzo mampu menghasilkan situasi menang-menang.

“Kami sudah kenal lama, lagipun Tyzo bekas kakitangan RTM.

“Kami sudah biasa dengannya. Dia juga ada ramai pengikut dalam media sosial dan saya percaya pengikutnya masih ingin melihat Tyzo terus berada dalam industri hiburan.

“Mungkin akan ada yang anggap kami sengaja mengambil kesempatan dengan membuat tawaran. Itu tidak benar kerana niat kami hanya ingin membantu Tyzo.

“Bila ada orang perlukan pertolongan, kenalah bantu. Tyzo, seorang yang berbakat dan tak salah jika kerjasama ini menghasilkan suatu sinergi yang bermanfaat untuk kedua-dua pihak.

“Kami tak paksa Tyzo untuk terima tawaran dan terpulang kepadanya untuk membuat keputusan,” ujarnya.

Ditanya adakah tawaran dibuat disebabkan simpati dengan nasib Tyzo yang mendakwa dirinya dianiaya, Suhaimi menepis tanggapan nakal itu.

“Walaupun saya tahu apa yang berlaku, tetapi apa yang saya lakukan ini tiada kena mengena dengan perasaan simpati. Saya ajak jumpa, bukan Tyzo merayu nak dapatkan ‘job’.

“Saya sudah lama dalam industri dan saya boleh hidu tahap bakat seseorang hanya dengan melihatnya. Dalam hal Tyzo, kami yakin boleh lonjakan jenama RTM dengan aura yang ada pada dirinya.

“RTM terbuka bekerjasama dengan sesiapa sahaja tanpa sebarang diskrimasni. Tiada istilah tak boleh bekerjasama dengan seseorang hanya kerana pernah bertugas dengan stesen penyiaran lain.

“Apa yang penting, individu yang bakal bekerjasama dengan RTM mampu membawa perubahan besar dalam kandungan yang bakal dikendalikan,” jelas Suhaimi.

Terdahulu, Suhaimi turut memuat naik foto sedang bersarapan dengan Tyzo di platform X. Turut bersama, penyampai Kool 101, Muaz dan penyampai Kanta 744, Syairul. BH

Tyzo disambar Suhaimi Sulaiman

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lagu itu Awie tujukan kepada saya – Erra Fazira

“You need help’ Fatiya – Zarina Anjoulie

Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang

Saya tak ‘demand’ – Anne Ngasri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker