Ubat haluan mengejut, dua penunggang motosikal jadi arwah

Gambar Hiasan

Dua lelaki jadi arwah selepas motosikal ditunggang dirempuh kereta gara-gara mengubah haluan secara mengejut, dalam kejadian di Jalan Pintasan Kuantan–Pelabuhan hala Kuantan.

Mangsa, Yusof Ibrahim, 58, dan Ismail Jaafar, 61, disahkan maut di lokasi kejadian dalam kemalangan 7.52 pagi tadi.

Ketua Polis Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata kejadian berlaku apabila kedua-dua mangsa yang dalam perjalanan dari Gebeng ke Kuantan dipercayai mengubah haluan mereka secara mengejut berhampiran Depoh Alam Flora.

“Kereta Nissan Almera yang dipandu wanita berusia 32 tahun dari arah sama tidak sempat mengelak dan melanggar motosikal mereka.

“Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat,” katanya menurut Harian Metro.

Katanya, pemeriksaan mendapati penunggang motosikal tidak mempunyai lesen memandu manakala cukai jalan motosikal terbabit juga tamat tempoh kira-kira tiga tahun lalu.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku disebabkan kecuaian penunggang motosikal dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Individu Saksi Pelakon Lelaki Pukul Teman Wanita Berkali-Kali, Didakwa Memiliki Wajah Soleh

Mamu Kena Gari

Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam

Video makan lauk terakhir dimasak ibu undang sebak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker