Park So-dam dihina, dibenci walaupun menghidapai kanser

Park So-dam dihina, dibenci walaupun menghidapai kanser

NAMPAKNYA disahkan menghidap kanser tiroid bukanlah satu-satunya perkara paling teruk yang berlaku terhadap pelakon Park So-dam.

Jika ada hal yang pedih daripada kesakitan fizikal, perkara itu adalah sakit hati. Itu yang dilalui So-dam sejak 2020 dan berterusan hingga kini.

Dia dilihat terbuka bercerita tentang komen negatif seorang individu yang singgah dalam hidupnya.

Individu tersebut sebenarnya meminati pelakon lain, namun disebabkan keberadaan So-dam, individu terbabit tidak menonton drama atau filem lakonan artis kegemarannya.

Dia turut menghina wajah pelakon berusia 31 tahun itu dan memaklumkan bahawa So-dam dibenci ramai.

Kemudian pada 22 Januari lalu, pelakon filem Parasite itu menerima mesej daripada individu yang sama.

“Kenapa awak tidak mati sahaja daripada kanser? Saya tidak sangka awak masih meneruskan kerjaya sebagai pelakon,” ujarnya.

Bagaimanapun, di pihak So-dam, dia seperti tidak terjejas dengan penghinaan tersebut apabila membalas komen jahat sambil menyertakan ucapan Selamat Tahun Baharu kepada individu berkenaan. K Online

Park So-dam dihina, dibenci walaupun menghidapai kanser

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akibat Dipukul Polis, Lelaki Ini Hilang ‘Telur’ [VIDEO]

Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran

Minat Tarian Singa Sejak Kecil, Tengok Abang Masuk Pertandingan – Siti Aishah [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker