3 beranak maut, lori rempuh MPV di Chukai

Keadaan MPV dinaiki lima sekeluarga yang dirempuh lori pasir di KM154, Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Simpang 4, Jalan Mak Lagam-Cheneh, Chukai. (Gambar Facebook)

Tiga beranak maut manakala dua lagi cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka sekeluarga dirempuh sebuah lori pasir di KM154, Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Simpang 4, Jalan Mak Lagam-Cheneh, di sini hari ini.

Ketua Polis Kemaman Hanyan Ramlan berkata mangsa yang meninggal dunia dalam kemalangan kira-kira 2 petang itu ialah Ammir Hussein Mohamad, 38, dan dua anak lelakinya, Ammzar Husszair Al Hussein, 4, serta Ammzar Hussnayan Al Hussein, 1.

Mangsa yang cedera pula ialah isteri Ammir Hussein, Norhafizah Sazwa Harun, 38, dan anak angkatnya, Ammzar Hussniah Ammir Hussein Abdul Azim, 8, yang kritikal dan sedang dirawat di Hospital Kemaman.

Beliau berkata kemalangan berlaku ketika keluarga berkenaan dalam perjalanan dari kediaman mereka di Taman Bukit Kuang Permai, di sini menghala ke Cheneh untuk menghantar sabun kepada pelanggan.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, sebuah lori pasir yang dipercayai mengalami masalah brek tiba-tiba keluar dari arah kiri jalan menyebabkan berlaku pelanggaran,” katanya dalam kenyataan.

Hanyan berkata Ammir Hussein yang cedera parah di kepala maut di tempat kejadian manakala kedua-dua anaknya meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kemaman.

Beliau berkata pemandu lori pasir, seorang lelaki berusia lingkungan 40-an tidak mengalami sebarang kecederaan dan ujian saringan air kencing mendapati dia bebas daripada sebarang penggunaan dadah.

“Siasatan turut mendapati pemandu lori berkenaan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau. Kemalangan itu disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA

Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu

Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker