DBKL ‘bungkuskan’ 14 kedai dikendali warga asing dari menjalankan perniagaan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 14 premis dikendalikan warga asing di Kenanga Wholesale City, Jalan Kenanga off Jalan Gelugor, di sini diarah tutup serta-merta dalam operasi penguatkuasaan pada Sabtu.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu hantaran di Facebook berkata, tindakan khas itu dijalankan ke atas 15 buah premis susulan risikan pihaknya sejak seminggu lalu.

“Serbuan dijalankan secara mengejut ke atas 15 buah premis perniagaan barangan am melibatkan aktiviti penjualan pakaian, tekstil, alatan jahitan yang dikendalikan oleh warga Bangladesh, Indonesia dan Myanmar.

“DBKL membuat semakan ke atas 20 orang pembantu atau pengendali premis warga asing dan terus membuat tindakan penutupan serta-merta terhadap 14 buah premis menerusi Seksyen 101 (1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976,” kata hantaran itu pada Ahad.

DBKL turut mengeluarkan 15 notis kompaun terhadap premis tersebut di bawah Undang-Undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 kerana tiada lesen perniagaan dan melantik pembantu tiada kebenaran.

“Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan selepas ini terus kepada pemilik premis warga tempatan bagi pengesyoran penamatan atau pembatalan lesen perniagaan berikutan membenarkan warga asing mengendalikan aktiviti perniagaan mereka tanpa kebenaran sah,” jelas DBKL.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker