Treler tiba-tiba gagal kawal kenderaan, tong gas bertaburan di atas jalan

JEMPOL – Seorang pemandu tersepit di bahagian hadapan kenderaan selepas treler membawa muatan tong gas yang dipandunya terbalik di Kilometer 17 Jalan Bahau-Rompin tengah hari Isnin.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kejadian jam 12.25 tengah hari itu berlaku semasa pemandu lelaki berusia 45 tahun itu membawa muatan tong gas kosong dalam perjalanan dari Bahau menghala ke depoh Melaka untuk pengambilan gas.

“Apabila tiba di selekoh di lokasi kejadian, pemandu berkenaan dipercayai gagal mengawal kenderaannya sehingga memasuki laluan bertentangan dan terus melanggar tebing jalan lalu terbalik dan melintang di tengah jalan.

“Kejadian itu menyebabkan semua muatan tong gas yang kosong telah bertaburan di atas jalan dan pemandu telah tersepit di bahagian hadapan kenderaannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Chang Hook berkata, mangsa bagaimanapun telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat yang tiba di lokasi.

“Dia yang mengalami kecederaan patah tangan kanan dan kaki kanan telah dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah untuk rawatan lanjut, manakala treler dan tong gas berkenaan telah dialihkan sepenuhnya kira-kira jam 5.30 petang

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa,” katanya.

Dalam pada itu, Chang Hook turut menasihati pengguna jalan raya untuk memastikan kenderaan dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan dan memandu dengan berhemah agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker