Kegagalan klac punca bas terbakar di plaza tol UPM

Kegagalan klac punca bas terbakar di plaza tol UPM

SEPANG – Kegagalan padel klac yang kemudian mencetuskan api dikesan menjadi punca kebakaran membabitkan sebuah bas persiaran lorong tol Plaza Tol Universiti Putra Malaysia (UPM), awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 6.13 pagi itu, seramai 44 penumpang bas berdepan detik cemas apabila bas dinaiki mereka terbakar ketika melalui plaza tol berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kesemua penumpang termasuk pemandu bas sempat menyelamatkan diri.

Beliau berkata, pemandu bas berusia 41 tahun memaklumkan dia cuba menekan padel klac pada jarak 50 meter sewaktu bas menghampiri plaza tol, tetapi mendapati ia keras sebelum bas tiba-tiba berhenti dengan sendiri.

“Pemandu itu juga memaklumkan, dia terdengar jeritan seorang penumpang sebelum meninjau menerusi cermin sisi kiri dan mendapati api sedang marak di bahagian belakang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati, bas berkenaan dalam perjalanan dari Skudai, Johor ke Kuala Lumpur dengan membawa 20 pelancong dari Indonesia dan selebihnya pelancong Singapura dan rakyat tempatan.

Wan Kamarul Azran berkata, beliau dimaklumkan, pihak Plus Malaysia Berhad (Plus) cuba memadamkan kebakaran bas dengan enam alat pemadam api tong, namun tidak berjaya.

Menurutnya, api kemudian berjaya dipadamkan sepenuhnya satu jam kemudian oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang.

“Bas berkenaan terbakar sepenuhnya, malah bumbung Plaza Tol UPM juga terbakar. Bas itu juga sudah dialihkan ke lokasi selamat,” ujarnya.

Sebelum ini, PLUS memutuskan untuk menutup sementara laluan keluar di persimpangan bertingkat UPM bagi kerja-kerja pemeriksaan lanjut struktur plaza tol berkenaan. K Online

Kegagalan klac punca bas terbakar di plaza tol UPM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker