UMNO Terengganu Diminta Lapor Pada SPR, SPRM Hal Sogok Pengundi – Ahmad Maslan

UMNO Terengganu Diminta Lapor Pada SPR, SPRM Hal Sogok Pengundi – Ahmad Maslan

UMNO Terengganu diminta membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pemberian wang kepada pengundi sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 tahun lepas.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ia perlu dilakukan bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut mengenai dakwaan itu.

“Saya difahamkan khabarnya ketika kempen (ada) pihak-pihak memberi RM150 untuk belia, RM300 untuk mahasiswi dan RM600 bagi golongan orang kurang upaya (OKU) serta pesara dan pemberian berkenaan dipercayai dibuat beberapa hari sebelum pengundian.

“Saya harap jangan buat sesuatu yang menyebabkan umat Islam keliru… disebabkan isu-isu begini, berubah-ubah fatwa. Jika mereka beri (dianggap) sedekah, jika kita (beri) rasuah… pada saya, ini melanggar garis panduan SPR,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berkunjung ke rumah pemimpin MCA Bahagian Pontian Datuk Ng Sea Bu sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Pulai Sebatang di sini hari ini.

Pada 3 Jan lepas, Badan Perhubungan UMNO Terengganu memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman yang dimenangi PAS.

Jumaat lepas, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang menyatakan pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya tidak menyalahi peraturan kerana ia hanyalah sedekah kepada orang awam.

Hari ini, Setiausaha Agung Perikatan Nasional Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa pihaknya mempunyai bukti kukuh bagi menafikan dakwaan gabungan itu melakukan sogokan wang kepada pengundi pada PRU15. BERNAMA

UMNO Terengganu Diminta Lapor Pada SPR, SPRM Hal Sogok Pengundi – Ahmad Maslan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker