Operasi SAR Kesan Warga Emas Jatuh Laut – APMM Selangor

Operasi SAR Kesan Warga Emas Jatuh Laut – APMM Selangor

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas yang dipercayai terjatuh ke laut di Jeti Awam Tanjung Sepat, Kuala Langat, semalam.

Pengarahnya Kepten Maritim V.Siva Kumar berkata usaha mengesan S.Muniandy, 63, yang memasuki hari kedua bersambung pada 7 pagi tadi dengan dikoordinasikan Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru.



Beliau berkata operasi turut dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta komuniti nelayan setempat.

Siva Kumar berkata operasi itu mula diaktifkan pada 7.30 malam tadi dengan mengatur gerak bot PERKASA 36.

“Pihak APMM Selangor turut menubuhkan Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) di Jeti Maritim Awam Tanjung Sepat hari ini dan menghantar bantuan di darat untuk pemantauan sekitar lokasi kejadian di pesisir pantai Tanjung Sepat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Siva Kumar, Muniandy, dipercayai jatuh ke dalam laut selepas anaknya menemukan motosikal, pakaian berupa kain sarung serta selipar milik Muniandy di hujung jeti kira-kira 11 pagi Jumaat lepas.

Beliau berkata Muniandy yang bekerja sebagai penimbang kelapa sawit kali terakhir dilihat memakai baju kemeja biru muda dan berseluar pendek warna coklat sebelum dilaporkan hilang di jeti berkenaan.



Katanya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, aduan serta situasi kecemasan di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-3176 0627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.– BERNAMA

Operasi SAR Kesan Warga Emas Jatuh Laut – APMM Selangor

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker