Pendaki Dikhuatiri Lemas Di Sungai Tanum Ketika Turun Gunung Tahan

Pendaki Dikhuatiri Lemas Di Sungai Tanum Ketika Turun Gunung Tahan

LIPIS: Seorang pendaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika melintasi Sungai Tanum di sini, pada Ahad.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama sembilan yang lain melintas sungai itu dalam perjalanan turun dari Gunung Tahan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.45 petang.

Katanya, empat anggota termasuk seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lipis bersama 10 anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di Gunung dan Gua (Moscar) serta lima anggota polis melakukan pendakian Gunung Tahan untuk ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa bersama rakan pendaki lain melakukan pendakian melalui pintu masuk di Merapoh, Lipis pada Jumaat lalu dan dijangka turun pada Selasa ini.

“Berikutan cuaca hujan lebat, kumpulan pendaki itu mengambil keputusan berpatah balik dan turun melalui laluan Kuala Juram,” jelasnya.

Difahamkan, pasukan operasi mencari dan menyelamat telah mendaki Gunung Tahan untuk ke lokasi kejadian.AA

Pendaki Dikhuatiri Lemas Di Sungai Tanum Ketika Turun Gunung Tahan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker