Kemalangan maut melibatkan ‘king’, 6 terkorban [VIDEO]

KEADAAN kereta Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan sehingga meragut lima nyawa di Batu 13, Jalan Kahang-Mersing, Kluang hari ini.

Enam maut apabila kereta Perodua Myvi yang juga dikenali sebgai ‘king’ jalan raya Malaysia yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stream di Batu 13, Jalan Kahang-Mersing di sini, petang hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Masrina Kahdar, 21, Mohd. Aidil Abdul Kadir, 23.

Turut maut ialah Muhammad Zhafrah Noramin, 16 dan adiknya, Muhammad Syakir, 11, serta Mohammad Asyraf Radiq Abdullah, 11, manakala seorang lagi mangsa maut belum diketahui.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Shamsul Amri Mohd. Shahab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 4.40 petang.



“Sembilan anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian dan sejurus sampai di tempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan membabitkan dua buah kenderaan.

“Pasukan Keluar Operai (PKO) menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan seorang mangsa yang menaiki Honda Stream yang terperangkap.

“Manakala kesemua mangsa yang lain telah dikeluarkan orang awam sebelum PKO sampai di lokasi,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Shamsul berkata, tiga mangsa yang berusia 10 hingga 53 tahun menaiki Honda Stream mengalami kecederaan.



Ujarnya, kesemua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Manakala mangsa yang cedera pula dikejarkan ke Hospital Kluang untuk rawatan lanjut.-

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker