18 stesen minyak di Johor tiada diesel

18 stesen minyak di Johor tiada diesel

Lapan belas stesen minyak di Johor dikenal pasti tiada bekalan diesel sejak semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, ia membabitkan 11 stesen di Batu Pahat, Johor Bahru (empat), Kota Tinggi (dua) dan Segamat (satu).



Tetapi katanya, penambahan bekalan giat dilakukan pihaknya dengan memantau syarikat minyak terbabit.

“Hanya sebilangan kecil stesen minyak didapati kekurangan stok diesel dan ditambah bekalan (diesel) mereka bermula semalam hingga hari ini.

“Kebanyakan stesen minyak tiada masalah bekalan diesel dan tiada masalah menampung permintaan bekalan diesel,” katanya.

Kelmarin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali dilaporkan berkata, beberapa stesen minyak di seluruh negara yang terputus bekalan diesel akan menerima stok dalam tempoh 24 hingga 48 jam.



Terdahulu, Petronas Dagangan Berhad mengakui beberapa stesen syarikat itu di seluruh negara kehabisan bekalan diesel yang dijangka berterusan hingga 31 Dis ini. FMT

18 stesen minyak di Johor tiada diesel

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Puteri Sarah sudah disunting?

Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari



Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023

Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker