Budak perempuan maut dibaham harimau bintang

Budak perempuan maut dibaham harimau bintang

Budak perempuan maut dibaham harimau bintang

Kashmir: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemui mati selepas dilarikan seekor harimau bintang di wilayah Budgam yang terletak di sempadan daerah Jammu dan Kashmir.

Portal Independent melaporkan, anak kecil itu bermain di halaman rumahnya sebelum diseret binatang buas itu menyebabkan keluarga membuat laporan kehilangannya di balai polis tempatan. Seorang pegawai polis memberitahu wartawan tempatan, kanak-kanak itu dilarikan harimau bintang dan sudah ditemukan mati.

Operasi menyelamat dan mencari dilakukan oleh pegawai hidupan liar dan polis setempat.

Visual grafik menunjukkan mayat kanak-kanak itu dibawa keluar dari taman permainan berdekatan kawasan hutan, Jumaat lalu.

Datuk mangsa tidak berhenti-henti menangis atas kematian kanak-kanak itu ketika orang ramai berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir ketika tubuhnya terbaring dibaluti kain di tanah.

Apa jua alasan Sanusi, tunggu saja tindakan polis

“Dia adalah puteri kami. Kami berulang kali menekankan kepada pemerintah (mengenai binatang liar). Ini adalah kejadian yang sangat dikesali. Saya memohon kepada pihak berwajib di masa depan supaya keselamatan penduduk tempatan terus terjamin,” katanya.

Dia mengatakan dua harimau bintang itu sering berkeliaran di kawasan itu tetapi tidak ada tindakan dilakukan pihak berkuasa.

Penduduk tempatan dan keluarga sebelum ini meneruskan pencarian sepanjang malam.

Mereka menjejaki darah di kawasan itu sebagai tanda pencarian awal.

Kejadian itu berlaku hanya lima kilometer dari sempadan bandar Srinagar, ibu kota Jammu dan Kashmir.

Penduduk mendakwa harimau bintang itu sudah berkeliaran di kawasan perumahan sejak beberapa lama dan mendakwa tidak ada langkah yang diambil oleh pegawai hidupan liar untuk memastikan keselamatan penduduk tempatan.

Anwar: PKR tak boleh ‘terlalu keras’ tolak segala bentuk kerjasama politik

Budak perempuan maut dibaham harimau bintang


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


 

AMK beri 5 Dalil Kenapa Perlu Tolak Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker