Apa jua alasan Sanusi, tunggu saja tindakan polis

Apa jua alasan Sanusi, tunggu saja tindakan polisApa jua alasan Sanusi, tunggu saja tindakan polis

MB pi jengok kereta tu, bukan pi nak beli – Setpol

Tuduhan yang mendakwa Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Noor melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan memandu uji kereta di sebuah pusat pameran kereta di Juru, Pulau Pinang, dinafikan oleh Setiausaha Politik beliau, Afnan Hamimi Taib Azamuddin.

Afnan berkata, Sanusi dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Alor Setar petang semalam dan singgah di Juru kerana hendak membeli makanan sebelum masuk lebuh raya.

Memandangkan kawasan Rawat dan Rehat (R&R) tutup, menteri besar membeli makanan untuk dimakan dalam perjalanan.

Kebetulan kedai tempat beli makanan di Juru dekat dengan bilik pameran kereta Ford.

Katanya, walaupun bilik pameran tutup tetapi ada seorang jurujual sedang menyusun Ford Ranger di luar.

”MB pi jengok kereta tu. Bukan pi nak beli. Saja nak pi tengok. Minat. Kalau pi hendap-hendap satgi orang tengok pelik pulak.

”Walaupun show room tutup, salesman tu bersopan, layan orang yang mai sambil-sambil duk alih kereta-kereta tu. Dia tau waktu ni tak boleh berniaga. SOP PKP. Orang berniaga, macam tu la,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Tambah Afnan, selepas membeli makanan, Sanusi menyambung perjalanan ke Kuala Lumpur bersama seorang pemandu dan anggota polis.

Jelas beliau, pergerakan Sanusi keluar daerah atau rentas negeri adalah dibenarkan di dalam prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana termasuk di dalam perkhidmatan perlu yang dibenarkan pergerakan.

”Ford Ranger tu duk ada kat Juru tu. Tak ikut pi sekali.

”Tiada test drive berlaku,” ujarnya lagi.

Afnan menambah, kereta Vellfire yang dinaiki menteri besar itu milik Syarikat Air Darul Aman (SADA).

Disebabkan Sanusi adalah Pengerusi SADA, jadi tiada masalah untuk guna kereta itu bagi urusan rasmi.

Jelasnya, tulisan perkataan ‘Menteri Besar Kedah’ pada kereta tu untuk memudahkan pengecaman pihak polis ketika melalui sekatan jalan raya. MG

Apa jua alasan Sanusi, tunggu saja tindakan polis


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


MB Kedah Didakwa Langgar SOP, ‘Test Drive’ Ford Ranger Raptor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker