Penjawat awam antara ditahan dalam serbuan ‘private party’

Sebaran :

Penjawat awam antara ditahan dalam serbuan ‘private party’

Penjawat awam antara ditahan dalam serbuan ‘private party’

KUALA LUMPUR – Sekumpulan individu termasuk empat penjawat awam yang sedang leka berparti dikejutkan dengan kehadiran pihak polis dalam satu serbuan ke atas dua bilik hotel di Jalan Pinang di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Dang Wangi kira-kira pukul 2 pagi susulan maklumat dan risikan yang dilakukan.



“Menerusi serbuan tersebut, seramai 32 individu termasuk lapan warga asing dan empat penjawat awam berusia dalam lingkungan 20 hingga 40-an telah ditahan malah pihak polis turut menemui sejumlah dadah jenis ketamin.

“Seramai 20 orang warga tempatan telah dikenakan tindakan kompaun masing-masing RM2,000 seorang manakala kertas siasatan telah dibuka ke atas lapan warga asing dan empat penjawat awam yang ditahan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamad Zainal, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 21A Akta 342 dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB)(No.2) 2021 kerana melakukan aktiviti terlarang (aktiviti sosial/perhimpunan) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


“Siasatan awal yang dilakukan mendapati bilik hotel tersebut telah ditempah untuk tujuan ‘private party’ oleh penjawat awam tersebut dengan kadar bayaran RM500 hingga RM700.

“Kesemua lapan warga asing dan empat penjawat awam yang ditahan akan dituduh di mahkamah setelah mendapat arahan daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya,” tegas beliau. K Online

Penjawat awam antara ditahan dalam serbuan ‘private party’


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Rancak berpesta liar ketika PKP, 11 individu ditahan polis


Sebaran :

Leave a Reply