Rancak berpesta liar ketika PKP, 11 individu ditahan polis


BUKIT MERTAJAM: Polis menahan 11 individu termasuk tiga wanita kerana disyaki terlibat dengan parti liar untuk berpesta dadah serta mengingkari perintah kawalan pergerakan (PKP), dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Machang Bubok.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Shafee Abd Samad berkata dalam serbuan 2.20 pagi itu, polis menahan kesemua mereka berumur 20 hingga 40 tahun yang sedang leka menghisap dadah dan berhibur di dalam dua bilik hotel di situ, berdasarkan hasil maklumat awam serta risikan dijalankan pihaknya.

“Dalam serbuan bilik pertama, polis menahan empat lelaki dan seorang wanita serta merampas sejumlah dadah jenis ketamin dan pil ecstasy manakala enam lagi ditahan di dalam bilik kedua di hotel itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, siasatan mendapati mereka dipercayai menyewa dua bilik hotel di situ untuk berhibur dan menghisap dadah ketika pelaksanaan PKP bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, namun taktik mereka berjaya dibongkar polis.

Beliau berkata ujian air kencing mendapati 10 daripada yang ditahan itu positif dadah dan ditahan untuk siasatan lanjut selain kesemuanya turut dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang kerana melanggar arahan PKP. FMT

13 lelaki, 4 wanita ditahan berpesta liar di Kubang Kerian

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker