Ibu, bayi maut kemalangan

Ibu, bayi maut kemalangan

GUA MUSANG – Bayi lelaki berusia enam bulan dan ibunya maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Gua Musang – Kuala Krai di sini pada tengah malam Jumaat.

Dalam kejadian jam 12.40 tengah malam itu, Muhammad Alfah Abdul Rahim dan ibunya, Khoirul Bariyyah Mohamed Sokeri, 28, meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai akibat kecederaan parah di kepala.



Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Perodua Axia yang dipandu oleh suami mangsa dipercayai telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan MPV jenis Naza Ria.

“Pemandu yang merupakan anggota tentera berusia 28 tahun itu bersama isteri serta dua anaknya dalam perjalanan dari Subang, Selangor menuju ke Kota Bharu.

“Pelanggaran itu mengakibatkan kereta Perodua Axia remuk keseluruhannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, ibu dan anak yang meninggal dunia kemudian dibawa ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga.



“Anggota tentera itu pula mengalami patah pada tangan kiri dan pinggang manakala anak lelakinya yang berusia lima tahun mengalami patah di kedua-dua kaki.

“Kedua-dua mangsa yang selamat itu sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

Beliau memberitahu, pemandu MPV pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan maut.



“Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya. Sinar

Ibu, bayi maut kemalangan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua



Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker