Buli jalan raya anak Anwar, polis cari pemandu Proton Iriz

Buli jalan raya anak Anwar, polis cari pemandu Proton Iriz

Polis meminta seorang pemandu Proton Iriz tampil bagi membantu siasatan berkaitan tindakannya boleh mendatangkan risiko kemalangan kepada pemandu kenderaan lain.

Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menerusi kenyataan di Facebook rasminya berkata, satu video tular berdurasi 14 saat memaparkan sebuah kereta Proton Iriz warna hijau dipandu secara berbahaya dan cuba menghalang laluan sebuah kereta (perakam video).

“JSPT menggesa pemandu kereta ini segera tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan memandangkan nombor plat kenderaan tersebut telah dikenal pasti,” katanya kenyataan itu.

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan anak Perdana Menteri, Nurul Ilham Anwar mendakwa beliau telah menjadi mangsa buli pengguna jalan raya.

Beliau yang merupakan anak keempat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memaklumkan perkara tersebut menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di Twitternya pada Jumaat.

Berdasarkan perkongsian video berdurasi 14 saat itu, pemandu sebuah kenderaan jenama Proton telah beberapa kali menekan brek di lorong laju.

Menurut Nurul Ilham, tindakan berkenaan amat berbahaya tambahan anaknya yang berusia dua tahun turut berada di dalam kenderaan. Sinar

Buli jalan raya anak Anwar, polis cari pemandu Proton Iriz

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker