Hadiri temujanji hospital berakhir tragedi

Hadiri temujanji hospital berakhir tragedi

KUALA TERENGGANU: Pasangan suami isteri, Ahmad Arshad Mamat, 50, dan Rozita Mamat, 41, yang maut akibat nahas dekat Merchang, Marang pagi tadi, dalam perjalanan menjalani pemeriksaan jantung di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang.

Anak saudara pasangan itu, Mohd Syukri Musa, 36, berkata bapa saudaranya itu yang bekerja sebagai buruh binaan, perlu menjalani pemeriksaan jantung secara berkala, setiap tiga bulan sekali.

“Setiap kali ke sana (HTAA) dia akan membawa isteri dan tiga anak menemaninya.



“Saya tinggal berjiran dengan mereka dan sedar keluarga itu keluar rumah pada jam 7 pagi tadi,” katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, hari ini.

Syukri berkata, dia yang bekerja di Paka, Dungun mengetahui kejadian menimpa bapa saudaranya itu selepas dihubungi jiran yang singgah di lokasi kejadian.

“Secara kebetulan, seorang jiran saya yang dalam perjalanan ke Melaka untuk menghadiri majlis konvokesyen, terlihat kenderaan milik bapa saudara terbabit kemalangan lalu menghubungi saya.

“Saya bergegas ke lokasi kejadian sejurus dimaklumkan,” katanya yang tinggal di Kampung Bukit Depu, Kuala Terengganu.



Syukri berkata, bapa saudaranya itu mempunyai memiliki tiga anak iaitu Nur Ain Fitriyah, 17, yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Agama Khairiah; Muhammad Adami Najmudden, 13, yang belajar di Sekolah Kebangsaan Gong Tok Nasek dan Muhammad Adzli Abid Muayyad, 7, yang bersekolah di PASTI Bukit Depu.

“Ketiga-tiganya yang mengalami kecederaan parah masih dirawat di HSNZ dan seorang daripada mereka dirawat di Unit Kecemasan,” katanya.

Katanya, jenazah ibu dan bapa saudara itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Depu, di sini, malam ini sebaik selesai bedah siasat.

Dalam kejadian jam 8 pagi tadi, pasangan suami isteri dari Kampung Bukit Depu, di sini, maut manakala tiga anak mereka parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 41.5 Jalan Kuala Terengganu – Kuantan dekat Kampung Selawa, Merchang, Marang.



Ahmad Arshad meninggal dunia di Klinik Kesihatan Merchang, manakala isterinya, Rozita maut di tempat kejadian. BH

Hadiri temujanji hospital berakhir tragedi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker