Anwar dituntut tunai janji selesai masalah kerakyatan kaum India, gesa NGO

Anwar dituntut tunai janji selesai masalah kerakyatan kaum India, gesa NGO

Sebuah NGO menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menunaikan janji menyelesaikan masalah kewarganegaraan kaum India yang lahir dalam negara ini.

Penasihat Persatuan Progresif Perikemanusiaan Selangor, Vasantha Kumar berkata, terdapat ramai kaum India di negara ini seperti ‘orang yang terbuang’ berikutan tidak mempunyai kewarganegaraan.

Beliau berkata, hanya Anwar yang boleh membantu mereka berikutan jika mengikut proses perundangan mereka tidak akan mendapatkan kewarganegaraan.

“Ini bukan isu biasa tetapi isu ‘hardcore’ yang kita bawa… di mana ada satu kes ini seorang ibu mempunyai dua orang anak yang merupakan generasi keempat, tidak dapat kewarganegaraan kerana ibunya tidak ada sijil kelahiran.

“Ibunya merupakan generasi ketiga ada masalah tidak ada sijil kelahiran kerana ibu bapanya tidak dokumen itu..dari generasi pertama lagi,” katanya di luar bangunan Pejabat Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian ketika menghantar satu memorandum kepada Anwar untuk menyelesaikan 59 kaum India yang mempunyai masalah sama kerana tidak mendapat kewarganegaraan.

Memorandum itu diterima oleh wakil Pejabat Perdana Menteri, Ahmad Syafiq Nazmi Nadzar.

Dalam pada itu, Vasantha berkata, Anwar pilihan terakhir untuk menyelesaikan masalah mereka.

Katanya, ini kerana apabila kes mereka di bawa ke mahkamah dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kes mereka ditolak kerana tiada bukti pengesahan kewarganegaraan.

“Malaysia tempat mereka hidup dan mati. Mereka bukan pendatang. Cuma mereka tak sah di sisi undang-undang sebagai rakyat,” katanya. FMT

Anwar dituntut tunai janji selesai masalah kerakyatan kaum India, gesa NGO

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker