Bagi ‘Flying Kick’ Padu Untuk Jatuhkan Lelaki Amuk, Netizen Dakwa Pemuda Bukan Orang Biasa

Bagi ‘Flying Kick’ Padu Untuk Jatuhkan Lelaki Amuk, Netizen Dakwa Pemuda Bukan Orang Biasa

Tular sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki mengamuk sambil memegang pisau di sebuah apartment Taman Lembah Maju, Pandan Indah.

Cubaan polis untuk menahan suspek buntu kerana beliau mengacukan pisau dan cuba untuk mencederakan mereka yang mendekatinya.



Bagaimanapun, tindakan seorang lelaki yang datang dengan tendangan layang atau flying kick berjaya menghentikan situasi tegang tersebut.

Sejak video itu tular, kebanyakan netizen berteka-teki bahawa lelaki yang menendang suspek tersebut sebenarnya adalah speacial branch atau pegawai cawangan khas.

Melalui ciapan yang dibuat Harith Iskander, beliau menyatakan bahawa gaya lelaki tersebut berpakaian menunjukkan bahawa beliau adalah pegawai cawangan khas.

“Tengok gaya Mamat flying kick – pakai all black, cross chest pouch, walk away from the scene quietly buat der aje. Confirmed special branch ni,” kata Harith Iskander.



Dakwaan Harith itu kemudiannya di persetujui oleh sebahagian netizen yang turut mendakwa bahawa pakaian pegawai cawangan khas selalunya sama.

Menurut laporan Sinar Harian, suspek yang mengamuk tersebut bekerja sebagai tukang gunting rambut dan pemegang kad pesakit mental.

Polis Ampang menyatakan bahawa kini siasatan lanjut sudah dijalankan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 dan 186 Kanun Keseksaan. Vc

Bagi ‘Flying Kick’ Padu Untuk Jatuhkan Lelaki Amuk, Netizen Dakwa Pemuda Bukan Orang Biasa



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu



Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker