Kapsyen ‘Rogol Time’, Erry Putra Dikecam Netizen Di Twitter

Kapsyen ‘Rogol Time’, Erry Putra Dikecam Netizen Di Twitter

Baru-baru ini, Zul Ariffin dikecam kerana muat naik video memaparkan aksi ‘panas’ dan kali ini, pelakon Erry Putra pula mendapat perhatian netizen.

Menerusi Twitter, Erry dikecam ramai netizen gara-gara gambar yang dimuat naik olehnya di Instagram.



Gambar itu dipercayai diambil ketika sesi pengambaran namun kapsyen digunakan yang membuatkan ramai marah.

Rogollll time ??????.”

Kapsyen itu dipercayai memberi petunjuk drama yang sedang dalam pengambaran tersebut mempunyai babak rogol.

Bagaimanapun, kapsyen tersebut telah mengundang kemarahan dan kritikan ramai kerana ia masih dianggap sebagai ‘gurauan’.



Netizen bengang apabila isu sebegitu masih boleh dijadikan bahan jenaka lucah. Menurut mereka, kapsyen sebegitu tidak menjaga dan menghormati wanita.

Seorang netizen berkata,

Lelaki mmg suka sexualise everything. That’s why laaa movie guna this topic nak get viewers. Apa nak heran.”
Sesetengah netizen meluahkan rasa kecewa dan marah kerana masih ramai individu yang tidak menitik beratkan isu lawak sebegini.

Difahamkan, Erry sudah pun menukar profil Instagram kepada ‘private’ dan menurut netizen yang mengikutinya di media sosial itu, dia telah pun memadam ‘posting’ terbabit. Bn



Kapsyen ‘Rogol Time’, Erry Putra Dikecam Netizen Di Twitter


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru



Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker