Selepas Teruk Dikecam Netizen Kerana ‘Harimau Menangis’. Ibu Neelofa Tampil Buat Kenyataan Maaf — MYKMU.NET

Selepas Teruk Dikecam Netizen Kerana ‘Harimau Menangis’. Ibu Neelofa Tampil Buat Kenyataan Maaf



Sebaran :

Syarikat pengeluar produk daging Harimau Menangis Aunty Tini Kitchen, Noor Khan Enterprise menjelaskan pihaknya tidak menghalang mana-mana peniaga yang ingin menjual produk sama selagi tidak menyerupai bungkusan mereka.

Perkara tersebut dijelaskan oleh syarikat berkenaan menerusi satu kenyataan akhbar yang dimuat naik dalam Instagram @auntytinikitchen sebentar tadi.

Penjelasan tersebut dilakukan susulan isu tular tentang permohonan cap dagangan Harimau Menangis oleh pihaknya kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) baru-baru ini.



Kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Noor Khan Enterprise berhubung isu tular tentang mempatenkan cap dagangan.

“Pihak kami ingin memaklumkan bahawa permohonan itu adalah untuk melindungi penggayaan, susun atur grafik, kod warna dan tulisan perkataan Harimau Menangis pada bungkusan produk tersebut.

“Tindakan itu bertujuan untuk mengelakkan sebarang produk tiruan dalam pasaran yang boleh menyebabkan masalah kepada jenama pihak kami dan pengguna di luar sana,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, syarikat tersebut juga tidak menghalang sekiranya mana-mana pihak ingin menjual produk yang sama selagi tidak meniru bungkusan jenama mereka.



“Kami tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk menjual produk yang sama selagi tidak menyerupai bungkusan produk yang kami pasarkan.

“Selain itu, pihak kami sentiasa mengamalkan polisi persaingan perniagaan yang sihat,” ujarnya.

Sementara itu, syarikat berkenaan turut memohon maaf susulan penularan sebuah video yang mendakwa pemilik bisnes tersebut iaitu Noor Kartini menghalang mana-mana pihak menggunakan nama yang sama.



“Pihak kami memohon maaf atas kesilapan kata-kata yang digunakan dalam kandungan video tular dalam media sosial pada malam 12 Januari 2021,” tulisnya lagi.

Terdahulu, keluarga selebriti terkenal, Neelofa sekali lagi menjadi buah mulut orang ramai selepas tular sekeping gambar yang memaparkan pendaftaran logo atau cap dagangan (trademark) Daging Harimau Menangis sejak semalam.

Foto yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @pakeri_ itu memaparkan permohonan mempatenkan cap dagangan jenama Harimau Menangis yang diusahakan oleh Noor Kartini Noor Mohamed.



Sehingga kini, isu berkenaan masih lagi hangat diperdebatkan oleh netizen dalam media sosial yang turut mempersoalkan tindakan syarikat berkenaan.


Sebaran :


Leave a Reply