Harimau Menangis : Ibu Neelofa dikritik netizen


Dah ramai guna daging ‘Harimau Menangis’, kenapa nak ambil jadi hak sendiri?

KEWUJUDAN nama daging Harimau Menangis bukanlan sesuatu yang baharu cuma sejak kebelakangan ini, nama tersebut menjadi sebutan selepas ramai yang berniaga makanan tersebut dalam pek segera.

Malah, kalau kita lihat di media sosial, terlalu banyak jenama yang menjual daging ‘Harimau Menangis’ di pasaran dan satu daripadanya ialah milik ibu Neelofa di bawah jenama Aunty Tini Kitchen.

Namun, tindakan ibu Neelofa, Noor Kartini Noor Mohamed yang cuba mengambil nama ‘Harimau Menangis’ sebagai haknya mendapat kritikan di laman sosial.

Noor Kartini telah didakwa mendaftar nama ‘Daging Harimau’ menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) hingga menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen di Twitter.

Malah, dalam satu video yang ditularkan di Twitter juga, Noor Kartini memberitahu yang nama ‘Harimau Menangis’ itu telah didaftkarkan di bawah jenama Aunty Tini Kitchen.

“Harimau Menangis ini kita dah daftarkan di bawah jenama Aunty Tini Kitchen. Jadi tiada sesiapa yang boleh guna nama itu.

“Gunalah nama lain. Harimau mengilai ke, harimau beranak ke, harimau kentut ke. Janji bukan harimau menangis,” katanya sambil ketawa.

Yang menjadi pertikaian netizen di Twitter ialah nama ‘Harimau Menangis’ itu sudah digunakan lama sebelum ini dan bukanlah nama yang diambil daripada sesiapa.

Menurut seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @azrulhaqim, tindakan mengambil nama tersebut menjadi hak cipta seseorang boleh menganggu perniagaan orang lain.

“Nama daging harimau menangis ni dah berzaman orang guna, dapat kat mak niqabis ni terus dia trademark kan nama tu macam dia yang start nama tu.

“Business tak business, sekarang ni musim Covid kot. Ramai small business owner cari makan buat daging ni,” ujar seorang pengguna twitter menggunakan nama @azrulhaqim.

Semalam juga telah viral sekeping gambar yang memaparkan permohonan yang telah diisi oleh Noor Kartini berkenaan dengan penggunaan nama ‘Harimau Menangis’.

Namun, terdapat juga netizen memberitahu yang permohonan Noor Kartini itu belum lagi diluluskan oleh IPO.

Sebaliknya memerlukan beberapa bulan untuk mendapat kelulusan.

Pernahkah Malaysia bergelar ‘Harimau Asia’ – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker