Shahidan lupa, dia dulu pun nak jadi MB seumur hidup
Shahidan lupa, dia dulu pun nak jadi MB seumur hidup
Kenyataan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyindir Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dibidas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi.
Dengan nada sinis, Puad menempelak Shahidan dengan berkata, bekas menteri itu mungkin lupa akan status beliau yang ingin kekal sebagai Menteri Besar (MB) Perlis suatu ketika dahulu.
“Hebat Shahidan. Dia lupa, dia nak jadi MB Perlis seumur hidup. Kedua-dua Mat Isa Sabu dan Azlan Man kena kacau. Siap lawan raja kerana dia dan adiknya gagal jadi MB.
“Tahniahlah kerana kes gangguan seksualnya digugurkan. Bolehlah jadi menteri sepanjang Muhyiddin dan Ismail Sabri jadi PM. Cuma tidak boleh selamanya. Jangan bangkitkan kes ini di Parlimen ye,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Puad merujuk kenyataan Shahidan semalam yang dengan sinis menyindir Ahmad Zahid supaya menjadi presiden parti itu untuk ‘seumur hidup’.
Shahidan menzahirkan ucapan tahniah kerana jawatan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.
Beliau juga mengucapkan takziah kepada perwakilan yang telah kalah dalam usul tambahan.
“Sekalung tahniah kerana berjaya membawa ‘perwakilan import’ yang dibawa masuk untuk kali ketiga. Jangan bimbang! Jumpa saya di Parlimen tanpa tolak ansur. Bye-Bye,” katanya.
Shahidan bertindak bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional dan mempertahankan kerusi Parlimen Arau apabila digugurkan sebagai calon UMNO. MG
Shahidan lupa, dia dulu pun nak jadi MB seumur hidup
Baca Artikel Menarik:
- Sol oh Sol!
- Mukhriz tak matang – Marzuki
- 1 kilometer untuk ke tandas
- BN akan cabar kemenangan Hadi di Marang
- Dokumen diperlukan untuk terima bantuan awal persekolahan
- Didera, dibuang tepi jalan
- Lawatan sekolah berakhir dengan murid menari tarian tiang
- Skim pengeluaran awal KWSP hingga RM30,000 dimohon pencarum
- Tuduhan wujud perwakilan import memalukan PAU – Megat Zulkarnain
- Jaga mulut atau ‘tsunami hijau’ terus membesar – Sanusi
- Ismail kecewa tiada pertandingan ‘Top 2’ ‘
- Kenyataan Khairy berniat jahat – Jamal
- Perwakilan jerit ‘boo’ diupah RM300?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET