Tak sanggup lihat pesakit merana, Dr Rafidah mohon PM tambah bajet ubat pesakit diabetes

PETALING JAYA – Pakar perubatan, Dr Rafidah Abdullah menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyediakan peruntukan perubatan bagi mengurangkan risiko komplikasi dialisis.

Rafidah menerusi laman Facebooknya berkata, ubat-ubatan yang dibekalkan mampu melambatkan kerosakan buah pinggang sedia ada.

“Kasihanilah rakyat Malaysia. Kami pakar-pakar sudah tidak sanggup melihat mereka merana. SGLT2 (sodium-glucose co-transporter 2) ini patut diberikan bajet tambahan. Tolong,” tulisnya dalam satu hantaran.

Dalam pada itu, beliau turut meminta pengidap kencing manis yang mempunyai masalah berat badan supaya berusaha mengamalkan gaya hidup sihat.

“Kepada rakyat Malaysia yang ada kencing manis Type 2 yang berat badan berlebihan, tolonglah kuatkan semangat anda mengurangkan berat badan.

“Bersenam, jaga pemakanan. Kami nak sangat kurangkan insulin. Boleh bincang dengan doktor merawat.

“Jangan cari doktor jual produk atau doktor di media sosial. Bila kurang insulin, dana tersebut boleh kami belikan anda ubat SGLT2 ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA

Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu

Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker