Empat MP GRS tak perlu kosongkan kerusi

Empat MP GRS tak perlu kosongkan kerusi

Empat ahli parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang didakwa melompat parti selepas PRU15 dilaporkan tidak perlu mengosongkan kerusi mereka.

Salah seorang dari ahli parlimen itu, Armizan Ali berkata mereka telah menerima salinan surat balasan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul kepada Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee berhubung perkara itu.

“Saya tak boleh dedahkan kandungan emel itu, apa yang saya boleh katakan adalah tiada keperluan untuk kami kosongkan kerusi,” katanya seperti dipertik The Star.

Armizan, Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Matbali Musah (Sipitang) dan Jonathan Yasin (Ranau) merupakan anggota Bersatu sebelum PRU15 diadakan.

Walaupun sebelum itu bersekutu dengan PN, GRS akhirnya menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Pengerusi GRS yang juga bekas pengerusi Bersatu Sabah, Hajiji Noor kemudian dilapor berkata pemimpin Bersatu Sabah, membuat keputusan sebulat suara untuk keluar daripada parti itu, namun kekal di bawah GRS.

Ia menimbulkan persoalan berhubung kemungkinan empat ahli parlimen itu telah melanggar undang-undang berkenaan lompat parti.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, ahli parlimen yang keluar atau bertukar parti perlu mengosongkan kerusi mereka.

Namun, mereka dan calon GRS lain dalam PRU15 mendakwa mereka telah menyertai gabungan itu sebagai anggota langsung sebelum pilihan raya diadakan, justeru secara automatik tidak lagi menjadi anggota Bersatu.

Bersatu menyangkal perkara itu dan mendakwa mereka telah mengundurkan tarikh keluar dari parti.

Semalam, Johari mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa dia telah memberikan keputusannya kepada Ronald, tetapi enggan menjelaskannya secara terperinci.

Setakat ini belum ada kenyataan berkenaan keputusan itu daripada Ronald dan juga pemimpin Bersatu yang lain. Mk

Empat MP GRS tak perlu kosongkan kerusi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak Ira Kazar sindir Puteri Sarah

Puteri Sarah fail perceraian pagi ini

Dron pelancong China langgar Menara Merdeka 118

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker