Zahid doa pelajar SPM 2020 dapat kejayaan cemerlang

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada lebih 400,000 pelajar yang memulakan kertas pertama hari ini.

“Saya mendoakan semoga semua calon SPM 2020 ini dipermudahkan Allah untuk menjawab soalan peperiksaan dan mendapat kejayaan cemerlang,” katanya menerusi hantaran Facebooknya.

Hari ini, seramai 401,105 pelajar di seluruh negara mula menduduki peperiksaan SPM 2020 dalam suasana negara masih berdepan pandemik Covid-19 yang menuntut mereka membawa ‘perisai’ tambahan.

Selain berbekalkan pen dan ilmu pengetahuan seperti kebiasaannya apabila memasuki dewan utama peperiksaan, kelainan bagi calon SPM 2020 ialah mereka juga perlu membawa ‘perisai’ iaitu pelitup muka atau pelindung muka bagi mencegah penularan wabak tersebut.

Pada hari pertama peperiksaan hari ini, calon akan menjawab subjek Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2, masing-masing bermula jam 8 pagi dan 2 petang. – MG

Tetap bersemangat menduduki SPM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker