Rafizi sedia bertembung dengan orang kuat Najib, tapi…

Rafizi sedia bertembung dengan orang kuat Najib, tapi…

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sedia berdepan dengan “orang kuat” bekas perdana menteri Najib Razak dalam rancangan Podcast Yang Bakar Menteri (YPM).

Bagaimanapun, timbalan presiden PKR itu yang kini sedang menjalani rawatan di hospital berkata, dia perlu mendapatkan pandangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi terlebih dulu.



Rafizi berkata, dia tidak menjawab kritikan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Mohd Puad Zarkashi serta bekas ahli MKT, Isham Jalil dan aktivis Lim Sian See kerana tidak mahu mengeruhkan hubungan dengan Umno yang kini dalam kerajaan.

“Oleh itu, saya terbuka untuk mereka hadir bersemuka di YBM selepas saya mendapat maklum balas dari YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Presiden Umno). Saya wajar menghormati pandangan mereka, demi menjaga keutuhan Kerajaan Madani.

“Jika mereka tiada halangan, saya berbesar hati untuk mendedahkan wajah sebenar watak yang mengendalikan kempen propaganda yang mempertahankan 1MDB selama ini, yang berselindung di sebalik nama Lim Sian See.

“Begitu juga dengan Isham Jalil, hatta Puad Zakarshi pun. Saya pun berminat untuk mendengar idea-idea mereka untuk membantu negara mengemudi suasana ekonomi dunia yang mencabar sekarang ini.



“Namun seperti tertib di dalam sesebuah organisasi, saya wajar mendapat maklum balas YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri terlebih dahulu. Insya-Allah kita akan tahu menjelang Mac nanti,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Rafizi berkata, podcast YBM akan kembali bersiaran Mac ini selepas dua minggu beliau berehat.

Sebelum ini, Lim Sian See antara aktivis politik yang mencabar Rafizi untuk bersemuka di program YBM kelolaan pemimpin PKR itu.

Selain itu Isham dan Mohd Puad antara pemimpin politik yang lantang mengkritik ahli Parlimen Pandan itu khususnya mengenai ekonomi negara.



Mengulas lanjut, Rafizi berkata dia tidak mempunyai masalah untuk menyahut cabaran tiga individu tersebut, malah lebih daripada itu dia pernah mencabar Najib untuk berdebat.

Katanya, jika dia tidak menyahut cabaran berkenaan ia memberi ruang kepada aktivis Perikatan Nasional (PN) untuk menyerang kerajaan.

“Saya tidak ada masalah sebenarnya. Dalam kerjaya saya, saya telah hadir dan bersemuka dalam pelbagai perdebatan, forum dan lain-lain. Malah saya pernah mencabar Najib berdebat pun sebelum PRU15 yang lepas.

“Watak-watak seperti inilah yang dilambung oleh aktivis maya PN, sedangkan tidak ada seorang pun pemimpin atau aktivis maya PN yang berani hadir bersemuka dengan saya dalam YBM.



“Saya tahu watak-watak seperti ini mahu hadir kerana mereka membawa agenda tertentu.

“Mereka juga tahu saya terikat dengan tertib bersama dalam kerajaan, yang bermakna saya tidak bebas menyatakan sesuatu yang boleh menimbulkan kekeruhan dengan Umno, iaitu salah satu parti yang menganggotai Kerajaan Madani,” katanya.

Rafizi berkata, lazimnya dia tidak berkongsi mengenai perkara peribadi, seperti masalah kesihatan, tetapi kali ini memilih untuk memberi penjelasan.

“Terima kasih kepada yang menghantar mesej. Saya tahu ada kawan-kawan yang bimbang. Lebih baik saya berkongsi sedikit sebanyak supaya dapat disampaikan kepada mereka yang ambil tahu.



“Saya kena serangan jantung dalam bulan Oktober 2023. Saya tidak fikir ia disebabkan tekanan kerja dan seumpamanya, lebih kepada keadaan kolesterol saya yang memang tinggi sejak saya muda.

“Setelah berpuluh tahun hidup dengan kolesterol yang tinggi, sudah tentu ada saluran darah yang tersumbat,” katanya.

Menurutnya, prosedur untuk membuka saluran darah di jantung yang tersumbat berjalan dengan baik di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Namun, pada minggu ketiga Januari lalu, dia terkena jangkitan Covid-19 buat kali pertama.

“Saya tidak pernah kena Covid sebelum itu. Akibat terlantar beberapa hari, tekanan ke atas tulang belakang menyebabkan berlaku slipped disc.



“Keadaannya memuncak selepas beberapa minggu sehinggakan saya tidak lagi boleh berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Sakitnya memang ke langit.

“Diagnosis dari MRI menunjukkan tulang belakang saya mempunyai masalah stenosis, iaitu ada tekanan (compression) dari slipped disc (yang menekan saraf dari depan) dan dari ligamen yang memegang tulang belakang (yang menekan saraf dari belakang) sehingga ruang saraf mengecil dan ditekan berpanjangan.

“Alhamdulillah, pembedahan untuk memotong sebahagian ligamen dan slipped disc (untuk membuka ruang kepada saraf) berjalan baik dan saya telah boleh berjalan semula,” katanya lagi. Mk

Rafizi sedia bertembung dengan orang kuat Najib, tapi…

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lee Chong Wei ‘smash’ pemain lagi

Yasmin Hani masih ‘bergetah’ pada usia 44 tahun

Bekas teman lelaki ugut sebar video seks silam

Jamal Abdillah tarik diri bertanding AJL38

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker