Undi kali pertama, lakukan ini sebelum keluar mengundi

#PRU15

Undi kali pertama, lakukan ini sebelum keluar mengundi

Isnin lalu, negara dikejutkan dengan berita pembubaran parlimen sekaligus menandakan satu pilihanraya akan diadakan dalam tempoh 60 hari yang akan datang.

Difahamkan, pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan bermesyuarat pada 20 Oktober ini bagi menentukan tarikh Pilihanraya ke-15 (PRU15) bagi menentukan kepimpinan kerajaan baru.



Bagi anda yang pertama kali keluar mengundi, jom ketahui cara menyemak status pendaftaran pemilih dan tempat mengundi yang perlu anda ambil maklum.

SPR juga telah menyediakan sebuah aplikasi rasmi untuk rakyat yang dikenali sebagai MySPR Semak di mana anda boleh menyemak status dan juga mendaftar sebagai pemilih.

Muat turun aplikasi MySPR Semak di laman Google Play Store atau App Store dalam telefon bimbit anda.



Kemudian, tekan pada Semakan Daftar Pemilih dan masukkan info yang diperlukan, dan tekan semak.

Maklumat lengkap pendaftaran anda akan menunjukkan lokaliti, daerah mengundi, DUN, Parlimen dan Negeri.

Manakala bagi rakyat Malaysia yang berada di luar negara, anda perlu mendaftar akaun baharu menggunakan kad pengenalan di laman rasmi MySPR.



Setelah disahkan, anda boleh mengundi secara pos di mana jua anda berada.

Sekadar info, mereka yang berusia 18 tahun secara automatik telah layak menjadi pengundi untuk PRU15 kelak. Bn

Undi kali pertama, lakukan ini sebelum keluar mengundi


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf

Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal



PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker