Lelaki ditemui mati dalam kereta dengan kesan kelar di leher

Lelaki ditemui mati dalam kereta dengan kesan kelar di leher

Mayat seorang lelaki ditemui dengan kesan kelar pada leher di dalam sebuah kereta di tempat letak kenderaan sebuah pasar raya besar di Gelugor, Georgetown, Pulau Pinang semalam.

Mayat lelaki berusia 48 tahun dalam keadaan berlumuran darah itu dijumpai di tempat duduk pemandu oleh orang awam yang melalui kawasan tempat meletak kereta aras satu kira-kira pukul 7.15 malam.

Sebilah pisau juga ditemui berada di dalam genggaman tangan kiri mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan pada pukul 7.34 petang dan tiba kurang 10 minit kemudian, seterusnya mengambil kurang lima minit untuk membantu membuka pintu kenderaan itu.

“Kematian lelaki itu disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang terlebih dahulu tiba.

“Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya menurut laporan Kosmo.

Individu yang mempunyai masalah boleh menghubungi sukarelawan terlatih di Befrienders menerusi talian 03-79568145/8144 pada bila-bila masa, atau melalui e-mel [email protected].

Lelaki ditemui mati dalam kereta dengan kesan kelar di leher


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Bergadai Nyawa Selamatkan 2 Beranak Terperangkap Dalam Insiden Kepala Air [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker