Isu penguguran kes Zahid, Rafizi minta rakyat tunggu penjelasan peguam negara

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyedari terdapat pelbagai persoalan yang melingkari pemikiran rakyat mengenai keputusan mahkamah untuk melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan.

Namun Menteri Ekonomi yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, adalah tidak adil untuk menuduh perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Kerajaan Perpaduan mencampuri urusan kehakiman, khususnya Pejabat Peguam Negara.

Mengakui beliau juga inginkan jawapan seperti mana orang lain, Rafizi berkata adalah lebih baik untuk bersabar dan menanti penjelasan daripada bekas Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun dan Peguam Negara kini, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang dijangka memberi keterangan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi.



“Faktanya perdana menteri tidak menghalang perbincangan di peringkat Kabinet, yang mahu penjelasan.

“Faktanya perdana menteri tidak menghalang pemimpin parti yang mahu kedua-dua AG ini memberi penjelasan di Parlimen.

“Saya juga berminat seperti mana orang lain, tetapi untuk menuduh perdana menteri, dan menjangkakan perdana menteri akan mencampuri apa jua keputusan AG, saya rasa rakyat harus bertindak adil kepada kerajaan,” katanya ketika ditemu bual dalam rancangan BFM – Breakfast Grille pada Rabu.

Pada Selasa, Pengerusi Jawatankuasa Khas itu, William Leong Jee Keen berkata, mereka akan dipanggil bagi memberikan penjelasan susulan keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi, baru-baru ini.



“Saya sebagai pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas telah keluarkan kenyataan bahawa jawatankuasa akan mengadakan prosiding dan kita akan panggil kedua-dua peguam negara untuk berikan penjelasan,” katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan melepas Mahkamah Tinggi yang membebas dan melepaskan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy, daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB, Rafizi berkata, beliau mengambil pendekatan untuk tidak memberi komen untuk kes-kes berprofil tinggi.

“Sebab itu pada masa lepas, saya tidak sewenang-wenangnya memberi komen terhadap setiap kes atau setiap individu, kerana saya tahu sesetengah kes mempunyai merit yang lebih besar dan lebih baik.

“Jadi saya cenderung membiarkannya menjadi urusan mahkamah, dan biar pendakwa raya lakukan kerja mereka. Kami komited untuk tidak mencampuri urusan mahkamah,” katanya lagi.



Ditanya mengenai langkah memohon pengampunan bagi Najib, Rafizi menjawab, “Kami akan membincangkannya di peringkat Kerajaan Perpaduan, kami akan membincangkannya di peringkat Kabinet. Tetapi kita sedia maklum Pakatan Harapan tidak akan bersetuju.”

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri

Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)



Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)

Mondy dakwa Ebit Lew kotor



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker