Isu Ketua Menteri Melaka: “Hanya Ajal Dan Maut Pisahkan Kami” – Jelas Ab Rauf Dan Sulaiman

Isu Ketua Menteri Melaka: “Hanya Ajal Dan Maut Pisahkan Kami” – Jelas Ab Rauf Dan Sulaiman

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali tampil duduk semeja menjelaskan ‘cakap-cakap’ politik kononnya jawatan nombor satu pentadbiran negeri itu akan bertukar tangan pada Januari ini.

Menerusi beberapa klip video yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook Penerangan Barisan Nasional (BN) Masjid Tanah malam tadi, Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara berkata, isu yang dibangkitkan itu merupakan fitnah oleh individu-individu berkepentingan.

Bahkan, tegas Ab Rauf, beliau dan Sulaiman sedang memerhati karakter dan tindakan kumpulan berkenaan yang sengaja menghangatkan dinamika kerajaan dan Barisan Nasional (BN)negeri yang telah mendapat dua pertiga mandat rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebelum ini.

“Saya menegaskan kepada mereka yang berkepentingan dalam isu ini tolong hentikanlah (kerana) kami ini sebenarnya memerhatikan tingkah laku dan karakter mereka yang memainkan isu dan juga menghangatkan suasana kerajaan negeri, yang mana persahabatan kami adalah sebuah persahabatan yang amat baik.

“Kami dahulu lagi dah berjanji apa yang berlaku sekalipun, tidak akan ada dusta antara kita dan sebenarnya angin yang sedang bertiup kencang ini adalah fitnah kerana perkara yang dibangkitkan amat memalukan, lebih-lebih lagi kerajaan negeri ini telah menang dua pertiga kepercayaan rakyat.

“Adalah malang apabila muncul tokoh-tokoh yang berkepentingan menabur fitnah kepada saya dan juga melagakan hubungan kami berdua termasuk Datuk Kamarulzaman Jantan (Jawatankuasa UMNO Bahagian Masjid Tanah)… saya minta tolong hentikan kerana hanya ajal dan maut boleh pisahkan kami bertiga ini,”katanya.

Astro AWANI sebelum ini melaporkan Sulaiman yang juga Adun Lendu menafikan dakwaan kononnya kedudukan beliau akan digantikan oleh Ab Rauf susulan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang melaporkan beliau berhasrat berbuat demikian

Senario itu menyebabkan polemik politik Melaka kembali hangat dan mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk blok pembangkang.

Sementara itu, Sulaiman menerusi rakaman klip video yang sama menegaskan, fokus utama beliau kini adalah untuk terus memajukan negeri Melaka dan bukan melayani fitnah yang tidak berkesudahan.

Katanya, rakyat juga tidak perlu gusar atau bimbang terhadap isu yang ditimbulkan oleh musuh yang sengaja menggugat keamaan yang sedang dikecapi ketika ini.

“Kami bertiga memang berkawan sudah lama, jadi saya mohon perkara-perkara ini tidak usah digembar-gemburkan lagi dan kita fokus kepada tugas yang telah diamanahkan.

“(Kerana) kesannya nanti adalah kepada seluruh negeri terutamanya rakyat, maka hentikanlah perkara yang tidak mendatangkan keuntungan dan tak usah bimbang terhadap apa yang disebut-sebut itu. Saya mohon hentikan fitnah dan dakyah serta semua pandangan negatif itu,”ujarnya.AA

Isu Ketua Menteri Melaka: “Hanya Ajal Dan Maut Pisahkan Kami” – Jelas Ab Rauf Dan Sulaiman

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Myvi ‘selamba’ berhenti tengah jalan, acah-acah gengster bila kena tegur [VIDEO]

Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar

Ustaz Jakim kutuk Kerajaan Perpaduan disiasat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker