Presiden UMNO perlu dicabar bukti keabsahan

 

PUTRAJAYA: Jawatan Presiden UMNO perlu dicabar pada pemilihan kali ini bagi membuktikan keabsahan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk terus memimpin parti itu dengan sokongan padu seluruh ahli.

Ketua Pemuda UMNO Simpang Renggam, Mohd. Faizal Mohd. Said berkata, langkah itu juga sebagai bukti strategi Presiden diterima oleh akar umbi parti terutama dalam beberapa keputusan yang dibuat Ahmad Zahid sama ada benar-benar mencerminkan kehendak ahli atau sebaliknya.



Beliau berkata, antara keputusan terbesar yang dibuat Ahmad Zahid ialah membawa UMNO-BN menyertai Kerajaan Perpaduan dan ia menjadi tanda tanya adakah ia adalah keputusan sebulat suara ahli selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

“Pemilihan UMNO sangat kritikal bagi menentukan keabsahan Ahmad Zahid selaku Presiden parti sebagaimana proses pengesahan keabsahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10 di Dewan Rakyat.

“Saya percaya masih ramai pemimpin UMNO yang mempunyai kewibawaan untuk mencabar kedudukan Ahmad Zahid seperti Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein atau bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan Mohd. Faizal itu dilihat senada dengan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Datuk Pandak Ahmad yang mahu kesemua ahli berhak memilih pucuk kepimpinan parti tanpa ada sekatan bagi membuktikan keabsahan setiap pemimpin yang memegang jawatan masing-masing.



Beliau berkata, sekalipun jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan, masih akan berlaku perpecahan (sokongan kepada pemimpin) memandangkan jawatan naib presiden masih dipertandingkan.

Bagaimanapun sebelum itu, Timbalan Pengerusi Badan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berpendapat, ahli akar umbi UMNO tidak perlu menjadikan kegagalan parti itu dalam PRU15 sebagai alasan untuk menukar pucuk kepimpinan tertinggi parti.

Justeru, beliau menyokong penuh usul agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan demi perpaduan dan ke arah usaha pemulihan sokongan terhadap UMNO

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



 

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Myvi ‘selamba’ berhenti tengah jalan, acah-acah gengster bila kena tegur [VIDEO]



Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar

Ustaz Jakim kutuk Kerajaan Perpaduan disiasat



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker